19 Februari 2011

Bob Lokman isytihar Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda

16 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini.

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"..

Laporan akan menyusul

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar!

Doktor Muda berkata...

alhamdulillah....

Unknown berkata...

salam.....rasanya dah tiba masanya warisan keramat mengorak langkah..

Allahu Akhbar.....

LIONEL MESSI berkata...

Terbaik abg bob.....AllahuAkbar

CUCU PEJUANG berkata...

SYABAS..ARTIS LAIN BAKAL MENYUSUL...INSYALLAH..

Kasturi berkata...

Saya pernah sebut dahulu bahawa PAS sebenarnya serasi dengan rakyat Malaysia atas faktor Islam sebagai agama kebanyakan orang melayu. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita semua untuk berdakwah secara bijaksana untuk memahamkan mereka supaya memilih idealogi perjuangan Islam bukan nasionalis.

Tanpa Nama berkata...

Harap manjdi ikutan orang2 muda sekarang, agr lebih berani memilih sesuatu yg benar

Tanpa Nama berkata...

betul rasanya.. bab hari 2 dia dtg polikk siap bserban dan berjubah dtg berdakwah.. alhamdulillah..