05 Februari 2011

Krisis Mesir : Inspirasi rakyat Malaysia tukar kerajaan.

2 Rabiul Awal 1432H.
Mohd Hafez Sabri

IPOH, 5 Februari, dalam mengulas isu kebangkitan rakyat di Mesir dan dunia arab yang lain, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain memulakan dengan memetik firman Allah SWT. dalam Surah Ali-Imran:

“Katakanlah: `Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. 3:26)

Memetik ucapan beliau “ Dalam ayat ini, Allah sebut bahawa Allah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menggulingkan sesiapa yang dikehendaki”

“ Ayat ini merupakan suatu renungan kepada mana-mana kerajaan bahawa mereka hanya berkuasa atas pemberian Allah dan bukan atas kehebatan mereka sendiri. Buatlah tembok besi atau tentera yang canggih dan ramai atau pengaruh yang luas , semua itu hanya kecil dibandingkan dengan kekuasaan Allah”

“ Benda-benda itu tak dapat menyelamatkan mereka daripada ketentuan Allah. Apabila kita faham konsep ini, sepatutnya pemerintah bersifat adil dan saksama. Kena bertanggungjawab kepada rakyat dan membantu hidup mereka.”

Menurut beliau, di Mesir kita lihat rakyat di sana sudah tidak tahan ditindas. Bagaikan air panas yang terpendam dalam bumi, tunggu masa sahaja hendak keluar dan meletus. Jurang taraf hidup antara golongan berada dan golongan berpendapatan rendah semakin luas. Kerajaan Hosni Mubarak dengan zalim menangkap dan menghancurkan musuh politik mereka untuk memastikan mereka terus berkuasa. Lebih zalim lagi, pemimpin Mesir bekerjasama dengan musuh utama umat islam iaitu israel. Mereka membantu israel menyerang Gaza dengan menutup sempadan untuk membawa bekalan makanan. Tindakan mereka ini sangat kejam dan zalim. Selain itu, pempimpin mesir mengambil amerika dan israel sebagai wakil mereka sedangkan Allah telah melarang perbuatan tersebut

Beliau juga menyatakan bahawa, semua perkara yang berlaku ini di bawah kekuasaan Allah. Peristiwa yang berlaku ini Allah nak jadikan ikhtibar kepada pemimpin zalim di negara lain. Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan padahal menindas dan menipu rakyat. Berwaspadalah sebab Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran sebelum ini bahawa jika pemimpin tidak melaksanakan kandungan Al-Quran, Allah akan wujudkan perbalahan di kalangan mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan, suatu perkara lain yang menjadi ikhtibar ialah kesanggupan rakyat Mesir menentang pemimpin zalim mereka walaupun mereka tahu nyawa dan ketenteraman hidup mereka mungkin terganggu. Kalaulah rakyat Mesir mengambil sikap tak kisah, dan tak sanggup keluar daripada zon selesa, tentulah mereka akan duduk di rumah dan membiarkan kerajaan zalim mereka terus memerintah. Inilah sikap yang perlu dicontohi rakyat Malaysia.

Sikap sanggup keluar daripada zon selesa demi menegakkan keadilan. Manfaat kesusahan kita hari ini akan membantu anak cucu kita merasa kesenangan di masa hadapan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah nak mengapi2kan rakyat malaysia. Berlaku pertumpahan darah siapa nak jawab? Pasti korang akan salahkan kerajaan juga. Korangkan kuat...Buktikanlah dalam PRU 13 nanti. Korang kan ramai alim ulamak...Tuhan pasti akan dengar doa korang...BN tu apalah ada...ulamak cabuk jer...Aku dan ramai lagi rakyat Malaysia ingin hidup dengan aman tak perlulah korang nak lakukan pertumpahan darah spt di Mesir tu....