07 Februari 2011

Pembangkang Mesir tolak tawaran sertai kerajaan baru

3 Rabiul Awal 1432H.

KAHERAH: Barisan pembangkang yang mahu rejim Presiden Hosni Mubarak berundur, semalam menolak tawaran untuk bergabung dalam rancangan pembentukan kerajaan baru Mesir.

Terdahulu, Naib Presiden, Omar Suleiman bersetuju untuk berunding dengan kumpulan pembangkang, termasuk parti yang diharamkan - Muslim Brotherhood, tetapi rundingan itu dikatakan tidak mencapai sebarang persetujuan konkrit berhubung penyelesaian konflik penentangan rayat yang kini memasuki minggu kedua.

Malah, Dataran Tahrir di tengah ibu negara masih menyaksikan ribuan rakyat Mesir tidak berganjak daripada kawasan itu sambil menegaskan mereka tetap mahu Mubarak berunsur meskipun kerajaan menganjurkan rundingan seperti itu. “Ia satu muslihat. Itu pandangan ikhlas saya," kata Nora Abul Samra, 25, salah seorang penunjuk perasaan.

“Kalau dia (Mubarak) pergi dia boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya. Kami percaya ada cara lain yang lebih berpelembagaan dan ia adalah menerusi revolusi," katanya.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Magdi Radi berkata, pihak yang berunding bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankyasa terdiri daripada hakim dan ahli politik untuk mengkaji pindaan dalam perundangan dan perlembagaan negara pada minggu pertama Mac depan

Mereka juga bersetuju untuk membuka pejabat aduan terhadap layanan yang dialami tahanan politik, menarik balik larangan terhadap media serta menarik balik undang-undang darurat bergantung kepada keadaan keselamatan.

Mahmud Ezzat, pemimpin nombor dua Muslim Brotherhood memberitahu AFP bahawa kumpulannya sudah menarik diri daripada rundingan itu kerana ia tidak memberi manfaat dan mahu protes jalanan diteruskan.

"Salah satu tuntutan kami ialah Presiden mesti meletakkan jawatan," katanya. - AFP

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jgn Biarkan Golongan HosniMubarak menipu Umat Islam Mesir
& Rkyt Mesir lg.
Perangai lakonan sama mcm JAMAL ABDEL NASER & ANWAR SADAT
.
Jd jaga2 dan waspada selalu, krn belakang MUBARAK & REJIMNYA
ada ISRAEL YAHUDI & USA AMERIKA

Abu Hasan Chan berkata...

Anwar Sadat sebelum dia dibunuh oleh orang Ikhwanul Muslimin , dia pernah menjadi ahli parti gerakan itu. Dia tahu banyak rahsia dan pemimpin Ikhwan. Apabila dia menjadi presiden Mesir , dia menangkap , membunuh dan membuat fitnah kononnya puak Ikhwan boleh mengancam keselamatan negara. Sebenarnya kerajaan baru gabungan Ikhwan dan Hosni Mubarak adalah satu helah Amerika dan Yahudi untuk memerangkap pemimpin-pemimpin Ikhwanul-Muslimin sekali lagi.