03 Mac 2011

Kekayaan terkumpul 40 orang terkaya Malaysia meningkat

28 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SINGAPURA 3 Mac – Kekayaan terkumpul 40 orang paling kaya di Malaysia berjumlah AS$62.1 bilion, meningkat sebanyak AS$11.1 bilion berbanding tahun lepas, demikian menurut senarai kekayaan terbaharu yang disiarkan oleh Forbes Asia.

Forbes Asia dalam satu kenyataan hari ini berkata, gabungan kekayaan itu naik hampir 22 peratus daripada senarai pada 2010.

"Sumber kewangan yang lebih baik itu datang daripada sokongan kekukuhan ekonomi negara yang berkembang 7.2 peratus tahun lepas, kadar tertinggi sejak 2000,” kata Forbes.

Dua tempat teratas pertama masih dipegang oleh Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Krishnan.

Robert, 87, menerajui kedudukan pertama sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 orang paling kaya di Malaysia.

Kekayaan beliau bernilai AS$12.5 bilion, naik sebanyak setengah bilion daripada tahun lepas.

Sumber terbesar kekayaannya ialah pegangan beliau dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.

Ananda, 72, berada di kedudukan ke-2 dengan kekayaan bernilai AS$9.5 bilion, naik daripada AS$8.1 bilion tahun lepas Maxis Communications Bhd miliknya merupakan penyedia perkhidmatan telefon selular terbesar di Malaysia.

Baru-baru ini beliau telah menjadikan tiga syarikatnya sebagai syarikat persendirian: syarikat penyiaran satelit Astro All Asia Networks plc, syarikat kuasa dan perjudian Tanjong plc, dan pengendali satelit Measat Global Bhd.

Senarai 10 orang paling kaya Malaysia ialah: 1) Robert Kuok Hock Nien (AS$12.5 bilion); 2) Ananda Krishnan (AS$9.5 bilion); 3) Puan Sri Lee Kim Hua (AS$6.6 bilion); 4) Tan Sri Lee Shin Cheng (AS$5 bilion); 5) Tan Sri Quek Leng Chan (AS$4.8 bilion); 6) Tan Sri Teh Hong Piow (AS$4.7 bilion); 7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay (AS$2.7 bilion); 8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (AS$2.5 bilion); 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (AS$1.25 billion); dan, 10) Tan Sri Tiong Hew King (AS$1.2 bilion).

Utusan Malaysia/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana ketuanan melayu???duduk tmpt ke9???sape tuan ni ketuanan melayu ooi UMCO???

Living Seed berkata...

itu tandanya umno jaga bangsa lain gak!!

kalau DAP berpeluang perintah M'sia??? cina bertambah-tambah kaya!! kayanya depa pon bukan bayar cukai sgt pon!! kalao bangsa lain???? ntah la, susah nak bersaing kot!!
cina kata melayu malas!! malas celah bedah mana nya!! orang melayu la rajin,orang melayu la yg pandai teknikal, cina buat projek apa pon, melayu yang jadi Marketing execnya.. guna la segala istilah 'halalan toyiban' la, 'hahal hub' la ' 'mencari halal itu fardu' la... lepas tu siap taja pi mekkah buat haji lagi!! cina makan atas angin ja duit tu...

bila nak cari duit, mai la dkt dgn BN...tp undi protes DAP.. what the double faces!!

Under BN ur people become the most successful immigrant people in the world!!

an maybe one day,under DAP- we are the power, we are the ruler.. we wants more and more...

it is show how the greedy itself...



the democracy it is just about political party...

but khalifah is the protector...

is this right Mr Idham Lim????

Rakyat Pakatan berkata...

Tengok nama 'Living Seed' pun aku dah tahu engkau memang penyokong fanatik UMNOBN! Jenis bodoh sombong tak mahu berubah!! Seronok nampak lebih ingeris dari Mat saleh!!! Macam UMNOBN, menang sorak sampai kampung tergadai!!!! sebab tu Pak Lah & Che Det kena tipu dengan kepala MCA - Ling Leong Sik & Chan Kong Choy. Engkau tahu kutuk DAP yang belum nampak salahnya lagi tapi engkau buat buat bodoh pulak pasal MCA ni!!!!! Dakwa dulu benda salah yang terjadi bukan yang yang diramalkan terjadi!!!!!! Bersedialah dengan langkah-langkah yang perlu untuk menangani benda salah yang diramalkan terjadi, bukan buat bengong macam PM-PM yang lepas dan sediada.

Tanpa Nama berkata...

bengong living seed..klu pemimpin wat taik..tp dye bntu kita juga tp waktu tu sambil duk cret cret cirit kt kita..ko nk sokong juga ke???sbb dye bntu kita...??aku pun ingt pasni nk jd pemimpin...tp nk cret cret gak..tp aku bntu org...msti ko sokong aku