16 Mac 2011

PAS DAN PAKATAN RAKYAT KOMITMEN UNTUK MANSUHKAN SAMAN EKOR

11 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan Parti Islam SeMalaysia (PAS) komitmen akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat.

Menurut beliau PAS bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat akan membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Beliau menyatakan PAS dan Pakatan Rakyat sangat memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Menurut beliau lagi, setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

ustazabubakar.wordpress.com

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat saman ekor, tetapi mansuhkan juga peraturan yang berat sebelah dan mencengkap rakyat. Contohnya; seseorang yg telah disenarai hitam dan diishtihar sebagai bankrap kerana menjadi penjamin yg tidak diketahuinya.
Saya jamin ia boleh menjadi modal 'besar' kepada PR sekiranya dipromosi dengan sebaiknya.

Tanpa Nama berkata...

hapus gak saman paprking kat kbharu...menzalami rakyat jah denda lewat 14hari naek rm lwat 14ari lgi naek rm100..kalu saman ekor ade gak discounn

Tanpa Nama berkata...

dulu masa PAS dpt mmrnth Trengganu tol jambatan,parking kenderaan dan cukai taksiran dihapuskan krn PAS tahu lebihan duit rakyat dari Royalty Petronas utk Trengganu lebih dari RM 500 juta sethn malah byk projek2 utk rakyat boleh dilaksanakan tp puak dan juak2 umno ketika itu telah mmnta mantan PM ketika itu (rakyat tahu siapa PM ketika itu) telah memotng royalty tersbt kalau tak berbuat demikian jgn harap umnogok dpt mmrnth semula trengganu, lebih 90% rakyat trengganu adalah org melayu - sape kah yg rugi di sbbkan hati yg penuh di selubungi dgn sifat2 MAZMUMAH org melayu kah atau bangsa selain melayu kah? sape kah yg rugi krn sifat Phd yg memang popular d klgn org melayu..fikir2kan lah..