16 April 2011

Pengundi Keluar awal di Muara Tuang

12 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MUARA TUANG, 16 April: Calon PAS di N15 Dun Muara Tuang, Noraini Hamzah optimis pengundi mahu membuat perubahan apabila melihat peratusan keluar mengundi yang meningkat berbanding pilihan raya lepas.

Beliau berkata, setelah melawat lima tempat membuang undi di Dun tersebut, beliau dapat melihat situasi yang positif dari sudut kesedaran untuk keluar mengundi.

"Alhamdulillah saya berpuas hati dengan situasi pengundian di sebelah pagi ini.

"Saya yakin pengundi mahu membuat perubahan kerana saya difahamkan sebelah pagi ini sahaja, peratusan keluar mengundi di Dun ini sudah lebih 40 peratus," kata beliau ketika ditemui di Sekolah Menengah Muara Tuang.

Cuaca baik pagi ini juga membantu pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka lebih awal.

Terdahulu Noraini turut membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dato' Traoh pada jam 8.15 pagi.

Selepas ini beliau akan melawat beberapa lagi tempat membuang undi sebelum berehat untuk solat Zuhur.

H/daily

Tiada ulasan: