12 Julai 2011

Aktivis S'wak masih di balai polis Bukit Jalil

9 Syaaban 1432H. [MOD] -

Meskipun semua 1,697 penyokong BERSIH 2.0 yang ditahan pada perhimpunan Sabtu lalu telah dibebaskan, aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditangkap sehari sebelum itu dikatakan masih 'hilang'.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Forum Asia mengenai Hak Asasi dan Pembangunan, Hii dikatakan hilang sejak dia ditangkap.

Malaysiakini bagaimanapun difahamkan beliau masih dalam tahanan reman di balai polis Bukit Jalil, menjadikannya penyokong terakhir BERSIH 2.0 yang belum dibebaskan selain enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Menurut penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong yang melawatnya di balai polis hari ini, Hii sehingga semalam enggan memberikan kenyataan kepada polis.

“Beliau mahu mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memberi kenyataan. Namun tiada akses perundangan yang diberikan kepada semua tahanan BERSIH,” kata Ong kepada Malaysiakini.

“Semangatnya tinggi dan berkata beliau memang bersedia untuk ditahan.”

Aktivis yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini ditangkap polis selepas dia membantah tindakan keras polis terhadap BERSIH 2.0, Jumaat lalu.

Hii berpakaian baju-T kuning yang dicetak namanya, muncul di Petaling Street seorang dirisambil membawa papan tanda buatan sendiri dan bendera Malaysia.

Papan tanda kuning itu memaparkan lukisan gari di sebelah perkataan "Bersih", diikuti dengan tulisan "Kotor OK?"

Sambil mengangkat papan tanda dan bendera tersebut, dan berulangkali melaungkan "BERSIH tangkap, Kotor OK," Hii menarik perhatian orang ramai di situ termasuk pelancong asing.

MALAYSIAKINI/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org tua macam ni kuat semangat, dia sanggup mati dlm penjara, hatinya kental, tak macam ibrahim ali @ mahaguru silat luncai. kita tengok nanti sapa yg menang polis atau hi tiong huat. Hin juga boleh diiktiraf sebagai wira bersih.

Tanpa Nama berkata...

Apakah YB BN di Sibu tidak mahu bantu dia , crpatlah bantu dia .Airline Workers Sarawak Union" atau pekerja MAS/Maswings sanggup bantu orang2 Bers/h untuk ke Kuala Lumpur pada 08/09 Julai tempoh hari
terima kasih.