15 Ogos 2011

NATO salah bedil, 4 tentera pemberontak terbunuh

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ZAWIYAH 15 Ogos - Empat tentera pemberontak terbunuh apabila jet perang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tersilap bom sebuah kereta kebal yang ditawan daripada tentera pemimpin Muammar Gaddafi di pekan pelabuhan barat Zawiyah.

Kereta kebal tersebut ditawan kelmarin apabila tentera pemberontak melancarkan serangan di pekan itu, dan menguasai kawasan barat tetapi mendapat tentangan sengit daripada tentera Kaddafi yang menguasai bahagian timur pekan.

Tentera pemberontak yang berada di tempat kejadian berkata, kereta kebal tersebut dipandu keluar daripada Zawiyah dan dibom oleh jet NATO, menyebabkan ia musnah. - AFP

Tiada ulasan: