01 Ogos 2011

Terkini :Gempa bumi kuat gegar Jepun

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

NEW YORK: Satu lagi gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun, iaitu wilayah sama ketika gempa bumi terburuk dan tsunami melanda negara itu, Mac lalu.

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata tiada mangsa yang terbunuh dilaporkan atau amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

Katanya, gempa bumi bermagnitud 6.4 itu berlaku pada jam 3.53 pagi, iaitu sedalam 43.6 kilometer di timur-tenggara Iwaki, Kepulauan Honshu.

USGS juga melaporkan, pusat gempa dicatatkan 184 kilometer timur laut Tokyo. - AP

Tiada ulasan: