11 Ogos 2011

Tidak mustahil 'SPR' didaftar sebagai pengundi

11 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Setelah 'Kg Baru' didaftarkan sebagai pengundi, suatu hari nanti tidak mustahil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dicatatkan sebagai seorang pengundi di tanah air.

Kejadian yang mengaibkan itu tidak mustahil berlaku berdasarkan perkembangan terkini yang jelas menunjukkan SPR semakin hilang kewibawaannya sehingga menjadi pertikaian pelbagai pihak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kelucuan yang dicetuskan oleh SPR dengan mencatatkan Kg Baru sebagai salah seorang pengundi di kawasan Besut berlaku awal minggu ini, susulan dari beberapa kesilapan lain yang dilakukan oleh badan itu.

Menurut beliau, sebelum ini, kewibawaan SPR sering menjadi pertikaian orang ramai apabila beberapa nama dikesan sebagai pengundian bertindih dengan jumlah yang amat besar di seluruh negara.

harakahdaily/-

1 ulasan:

Nasharrawy berkata...

SPR dan JPN ternyata menjadi Bahagian Umno yg dibayar gaji oleh rakyatg tetapi bertunggus lumus bekerja utk Umno ! SPR dan JPN sewanjarny di pecat Pengarah dan Siasatan terbuka Suruhanjaya DiRaja menyiasat pengkhinatan Daftar Pemilih yg berlaku dan laksana Tuntutan Rakyat melalui BERSIH . Selagi senarai Daftar Pemilih tiada lagi bersih maka DYMM Agung sewanyarnyalah tangguh PRU 13!. ..Nash Ar-Rawy/11.8.11 www.nasharrawy.blogspot.com