29 Oktober 2011

Ketua Umno Parit Buntar meninggal dunia

1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -

Ketua Umno Bahagian Parit Buntar Datuk Abdul Raman Suliman, 62,(gambar)meninggal dunia di Hospital Daerah Parit Buntar, malam tadi.

Beliau yang menghidap sakit buah pinggang, disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah malam, iaitu kira-kira sejam selepas terjatuh di rumahnya di Kampung Kedah di Parit Buntar.

Pembantunya Mohd Jamil Yahaya ketika ditemui Bernama hari ini, berkata Allahyarham ditemui terbaring di dalam bilik air di rumahnya, oleh isteri Datin Saemah Hussein.

Kejadian berlaku sejurus selepas Abdul Raman yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, kembali daripada menghadiri mesyuarat badan perhubungan Umno Perak di Ipoh.

Allahyarham meningggalkan seorang isteri dan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Mohd Shariff Omar antara yang menziarahi keluarga Allahyarham hari ini.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah tengah hari ini.

- Bernama

Ulasan :

Dalam perkembangan berkaitan ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam Facebooknya turut mengucapkan takziah dengan dipetik sebagai berkata :

"Saya seisi keluarga dan kakitangan pejabat dun titi serong dgn ini mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dato rahman . Juga permohonan maaf di sebabkan tidak sempat ziarah krn berada diluar perak pada pagi ini"

Tiada ulasan: