06 Oktober 2011

Terima Hudud: Kelantan buat himpunan kesyukuran

8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 6 Okt: Kerajaan Kelantan akan mengadakan majlis kesyukuran ekoran perakuan oleh semua pihak khususnya rakyat terhadap Enakmen Syariah Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Hudud) negeri itu.

Program yang diberi nama Himpunan Kesyukuran itu akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan acara kemuncak ceramah perdana oleh tiga tokoh pemimpin Pakatan Rakyat jam 9 malam ini.

Mereka adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, pada jam 2 petang ini akan berlangsung forum tertutup di Dewan Teratai SUK bagi membincangkan isu tersebut bersama kakitangan awam negeri ini.

Ianya akan menampilkan tiga orang panel iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Mohamed Daud Al-Iraqi, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Datuk Daud Mohamad dan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Pada jam 5 hingga 7 petang pula akan diadakan majlis Jamuan Rakyat di perkarangan stadium yang kemudiannya disusuli solat Maghrib, solat hajat dan tazkirah oleh Anggota Dewan Negara Datuk Dr Johari Mat.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: