06 Oktober 2011

Teknologi nano kesan minyak subsidi

8 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggunakan teknologi nano bagi mengenalpasti minyak bersubsidi yang diseludup, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, teknologi itu dapat membezakan minyak bersubsidi melalui warnanya.

"Teknologi nano ini juga digunakan dalam kes-kes penyeludupan minyak subsidi yang dibawa mahkamah,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) mengenai bagaimana kerajaan memantau ketirisan yang berlaku melibatkan minyak bersubsidi.

Rohani berkata, apa yang penting ialah maklumat daripada orang awam selain kementerian turut bekerjasama dengan polis, kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk sama-sama meronda di kawasan sempadan memastikan tidak berlaku ketirisan ke negara jiran. — Bernama

Tiada ulasan: