10 Disember 2011

Hentikan Politik Ugutan, Raikan Demokrasi dan Jangan Lacurkan Anak Muda.

15 Muharram 1433H. [MOD] -

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor)
10 Disember 2011.

Semalam beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan Polis oleh beberapa NGO dan Pemuda UMNO Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Muar pada 11 Disember 2011.

Atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, SAMM Johor menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur, namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain UMNO/BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri.

Sebelum ini, dalam beberapa siri Ceramah Mohamad Sabu di Negeri Johor telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun oleh sekumpulan anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru UMNO/BN untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka. Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda.

Baru-baru ini juga dalam aksi perarakan peguam di Taman Tasik Perdana yang berkisar menolak Bil Perhimpunan Aman, anak muda sekali lagi digunakan untuk membuat provokasi yang mengelirukan. Sekumpulan anak muda dipercayai diupah oleh Umno, cuba untuk turut sama berarak dan telah mengenakan seragam baju kuning kononnya mewakili seketariat BERSIH. Lebih pelik, kumpulan anak muda tersebut turut memegang sepanduk yang menyokong 'pesta seks bebas'. Ini sama sekali satu taktik jahat yang mengundang fitnah dan anak muda tidak terlepas dari menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

SAMM Johor dengan tegas menyatakan bahawa kami tidak akan bertoleransi dengan pihak-pihak yang menjajah minda anak muda dengan anasir politik sebegini. Seharusnya, UMNO dan Parti Politik yang ada di Malaysia mendidik anak muda untuk berpolitik secara matang, secara ilmiah sebagai pewaris masa depan negara bukannya melakukan tindakan sembrono yang membonsaikan pemikiran masyarakat khususnya anak muda.

Sebagai penggerak anak muda, SAMM selain berperanan melahirkan anak muda berkualiti, SAMM juga berpendapat anak muda sepatutnya didedahkan dengan aktiviti yang lebih mendatangkan manfaat kerana golongan inilah yang menjadi pelapis kelangsungan negara, bukan diajar menjadi samseng dengan upah semurah RM10. Jangan hina anak muda dengan tawaran yang tidak bermaruah. Umno jangan lacurkan anak muda.

Hujah biarlah dilawan dengan hujah. Namun jika keras yang dijual maka keras jugalah yang dibeli. Jika baik budi bicara, kami anak muda sedia memberi laluan agar memorandum selamat sampai kepada yang dituju, dengan etika dan syarat yang ditentukan. Tetapi jika kehadiran mereka ini jelas lagi terang hanya untuk mengacau majlis rakyat, kami anak muda SAMM sentiasa bersedia di barisan hadapan, begitu juga dengan unit amal serta aktivis-aktivis Pakatan Rakyat lain. Adalah menjadi tugas anak muda untuk memastikan keselamatan orang ramai ketika kemungkinan pihak berkuasa 'terlepas pandang' dalam menjalankan tugas.

Justeru itu, SAMM Johor akan menggerakkan kesemua aktivis untuk membantu pihak penganjur dalam menjaga keselamatan lokasi program daripada terjadinya tragedi-tragedi seperti di Segamat, Labis dan Pasir Gudang baru-baru ini. Ramai yang tidak lupa peristiwa di Rembau memperlihat bagaimana Perkasa dan Umno lari lintang pukang berkilometer jauhnya, ketika ratusan komrad SAMM, Unit Amal dan aktivis Pakatan Rakyat menggempur si pengganggu majlis.

Akhir, SAMM Johor sekali lagi menyeru UMNO Muar dan NGO tajaannya untuk menghormati lunas-lunas demokrasi seperti yang telah ditunjukkan oleh pihak penganjur program yang sudi menerima memorandum anda. Serta, jangan racuni pemikiran anak muda Muar dengan permainan politik kotor, politik ugutan dan politik samseng.

Keras lawan keras, api lawan API !!

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor

2 ulasan:

ismel berkata...

Sudah terang lagi bersuluh..itulah watak/wajah sebenar melayu mazhab umno.Apa saja cara @ tindakan mereka ini ianya lahir dari seketul daging dr dlm tubuh mereka yg tersangat busuk..itulah HATI UMNO.Ingat wahai umno berdebah..!!sekali kamu jatuh dlm PRU13 nanti..kamu akan kami bakar sehangus2nya hingga tiada kesan lagi hatta abu mayat mu pun akan dbuang kedalam laut cina selatan.Dalam sebahagian dari hati2 kami tersimpan demdam yg cukup tebal utk diukur bahangnya.Hanya masa menentukanya.Bersiap sedialah kamu dgn samseng2 upahan kamu dari tindak balas kami yg pasti KERAS..!!

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni dengan SBPA mereka lacurkan guru pula, murid mereka telah lacurkan dengan rm 100.