09 Disember 2011

MCA turut protes Lynas

(Gambar yang diambil dari video yang disiarkan blog pro Umno, Semaremas)

14 Muharram 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 9 Dis: Walaupun kerajaan BN terus menafikan projek Lynas di Kuantan merbahaya kepada kesihatan, namun kerabatnya, MCA turut membantah projek itu.

Dalam satu bantahan yang dibuat terhadap Lynas, jelas Pemuda MCA Indera Mahkota turut menaikkan kain rentang mereka membantah projek itu.

Bantahan itu mendapat kejutan dari blog pro BN Umno dan mengecam tindakan MCA itu.

"Mengejutkan kerana klip video yang dimuatnaik di youtube pada 31hb Oktober 2011 jelas mempaparkan kain rentang MCA Youth Indera Mahkota dalam kempen anti Lynas yang berada dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota.

"Sewajarnya sebarang protes sedemikian disalurkan melalui saluran Barisan Nasional dan bukannya menyertai bersama dengan penganjur kempen tersebut yang jelas nyata adalah pihak Pakatan DAP PKR PAS.

"Kalau benda itu betul merbahaya kepada rakyat kita mampu memahami sentimen mereka.

"Namun pakar tempatan dan luar negara mengakui projek Lynas tidak merbahaya. Jadi apakah keperluannya turut serta dalam kempen yang tidak bermanafaat kepada rakyat dan turut menyokong fitnah kosong sahaja? Tindakan itu tidak betul. Sila perbetulkan," tulis blog Jas Salleh, Semaremas.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

Berpuloh tahun aku bercampur dengan kaum cina. Mereka amat mementingkan beberapa perkara. Pertama adalah duit dan kedua adalah kesihatan. Mereka akan lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh demi duit dan mereka akan gunakan duit untuk memastikan tubuh badan mereka sentiasa sihat. Maknanya duit amat penting sepenting kesihatan......