11 Februari 2012

Pembunuh Perdana Menteri Serbia ditahan di Sepanyol

18 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MADRID 11 Feb. - Polis Sepanyol menahan Vladimir Milisavljevic (Gambar), seorang daripada pelarian yang disabitkan kesalahan terhadap pembunuhan Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.

Milisavljevic, yang hidup dalam pelarian selepas disabitkan kesalahan pada 2007 dengan 11 orang yang lain atas tuduhan membunuh, ditahan pada Khamis lalu di sebuah restoran di timur bandar Valencia bersama seorang ketua mafia, Luka Bojovic.

Bojovic dilaporkan menjadikan Milisavljevic sebagai orang kuatnya dalam kumpulan mafia Zemun Clan selepas pembunuhan Djindjic. - AFP

Tiada ulasan: