11 April 2012

Presiden Malawi hubungi penderma

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LILONGWE 11 April – Presiden baru Malawi, Joyce Banda semalam mengumumkan dia telah menghubungi penderma - penderma antarabangsa dan berharap mereka akan membantu masyarakat miskin di Afrika Selatan.

Sebelum ini, bekas presiden Bingu Mutharika yang meninggal Khamis lalu tidak bersetuju untuk meminta bantuan daripada Britain dan Amerika Syarikat serta menolak pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

“Kami telah menghubungi rakan-rakan di negara pembangunan dan kebanyakan mereka memberi keyakinan untuk membantu kami, ujar Banda kepada media tempatan.

Tiada ulasan: