30 Julai 2012

Lebih mudah jumpa Nizar daripada Zambry

10 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Terkilan dengan Pejabat Menteri Besar Perak kerana telah beberapa kali cuba mendapatkan pengesahan temu janji dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melalui pembantu peribadi Menteri Besar (PA) tetapi selalu sahaja tidak kesampaian niat untuk menyampaikan masalah rakyat seperti saya.

Ini kerana jawapannya adalah MB tidak ada atau MB ada urusan penting di luar walaupun cuba setiap hari Isnin di dalam berberapa bulan ini untuk mendapatkan pengesahan temu janji untuk rakyat pada setiap hari Selasa yang dikhaskan bagi rakyat bertemu janji itu.

Dalam hal sebegini saya terkenangkan betapa mudahnya membuat temu janji dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini di mana kadang kala kita tidak bersusah payah membuat temu janji cukup sekadar menanti beliau di pejabatnya tepat pada pukul 8.00 pagi sudah memadai dan dilayan dengan baik.

Beliau adalah contoh yang terbaik untuk mata rakyat Negeri Perak bukan sahaja sikapnya yang suka merendah diri tetapi menghormati tetamu terlebih lagi orang kampung yang datang untuk sesuatu hal atau hajat dan selalunya hajat kita tidak pulang dengan tangan kosong.

Sebagai pemimpin tunjukkanlah contoh yang mampu menarik hati rakyat tidak kira status atau kedudukan seseorang itu kerana jangan lupa kedudukan para pemimpin juga akan ditentukan oluh rakyat atau lebih tepat lagi orang kampung seperti kami ini.

Jangan hanya bertopeng apabila ada media baru tunjuk lagak baik dan prihatin agar nampak terserlah tetapi nilaiannya rakyat sendiri akan tahu dan akan terjemah di dalam PRU13 nanti

HARAKAHDAILY/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm tu lah yg sy hadapi kira kira 2 minggu lg nak PRU 12 apabila sy selesai bersolat Jumaat di Masjid ada bersolat sama ketika nak keluar beliau diiringi oleh beberapa AJK Masjid dan dan berbual2 maka sy pun amik peluang utk bersaslam dgn nya sy pun menghulurkan tgn sy utk bersalam dia pandang sy sambil berbual2 dan dia buat dak aje...malu sy krn hidung tak mancung pipi tersorong2...dalam hati sy, sy berkata Ya Allah Kau lihat lah betapa sombong nya hamba Kau yg seorang ni, yg telah Kau angkat jd Pemimpin terlalu bangga dgn kuasa dan kekayaan nya yg diperolehi dgn izinMu...sy pun melanghkah keluar dan meninggalkan masid sg Rokam dan meluat tenguk pemimpin mcm tu! akhirnya setelah PRU 12 beliau gagal mempertahankan kerusi MB Perak yg disandangnya sebelum ini...Jadi sesiapoa ahje yg di angkat oleh Allah swt menjadi pemimpin jgn lah sesekali bersikap SOMBONG lebih2 lg kpd Rakayat.