12 Oktober 2012

Gempa bumi 5.7 magnitud gegar ibu negara Chile


26 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 


 SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan ibu negara Chile menyebabkan orang ramai bertempiaran lari di jalan raya tetapi tiada laporan mengenai kerosakan awal pagi tadi. 

 Universiti Chile berkata, gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 2.22 petang (waktu tempatan) dan berpusat kira-kira 84 kilometer dari Santiago dan enam kilometer dari bandar Los Andes. 

 Sebelum ini, gempa bumi berukuran 8.8 magnitud dan diikuti tsunami pernah melanda Chile pada Februari 2010 yang menyebabkan lebih 500 terkorban. - AP

Tiada ulasan: