01 Oktober 2012

Mati langgar tembok plaza tol

15 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Jitra: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tembok pembahagi kaunter di Plaza Tol Jitra di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Ng Hock Yong, 55, yang memandu kereta PROTON Saga dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu sendirian dari arah Alor Setar menghala ke Jitra.
Mangsa yang juga seorang mekanik gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh tembok yang terletak kira-kira tiga meter dari kaunter tol menyebabkan kecederaan parah di kepala dan kedua-dua kaki sebelum mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata mangsa yang menetap di Taman Gunung Ledang, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, berkata seorang jurutol yang tergamam apabila melihat kereta mangsa meluru laju ke arahnya bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

“Dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana kereta mangsa hanya merempuh tembok pada jarak tiga meter dari kaunter tol terbabit. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian,” katanya. 
 
berita harian/-

Tiada ulasan: