13 Januari 2013

Perhimpunan KL112 jadikan PRU13 pertempuran lebih menarik

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR, 13 Jan – Perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur semalam menghidupkan semula impian Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gabungan dasar dan pemberian untuk menggembalikan sokongan, kata penganalisis politik.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider kemampuan PR untuk menghimpunkan sehingga 100,000 bagi Himpunan Kebangkitan Rakyat dan kepentingan orang ramai dalam isu-isu diperjuangkan akan menjadikan pilihan raya umum (PRU) pertempuran hebat untuk kedua-dua gabungan.

PR menganggarkan hampir 500,000 hadirin pada perhimpunan di Stadium Merdeka yang ikonik itu tetapi polis berkata paling ramai 45,000 orang.

Videographer David Lim berkata perhimpunan kali ini berjaya. – Gambar-gambar oleh Boo Su-Lyn
“Tidak kira apa angka sebenar hadirin, gambar dari udara daripada peristiwa itu menunjukkan peserta yang sangat ramai, mencerminkan keupayaan pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk menggerakkan orang ramai,” kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.


“Tetapi selain daripada mempamerkan keupayaan penganjur, ia juga menunjukkan semangat dan tenaga penentangan terhadap kerajaan, memberi penekanan hakikat pertandingan pilihan raya akan datang tidak syak lagi akan menjadi yang paling sukar dihadapi parti pemerintah dalam sejarah,” tambahnya.

Pengarah Center for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee mengatakan perhimpunan tersebut merupakan “kemenangan nyata” bagi kedua-dua parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, memetik kehadiran besar-besaran, tingkah laku berdisiplin peserta dan konsensus “menggerunkan” yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menentang pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Semua petunjuk ini akan menyebabkan kekecewaan dalam BN,” katanya.

Akan tetapi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberikan pandangan berbeza.

“Apabila perhimpunan besar seperti ini tidak terganggu dan berjalan dengan begitu aman, mengapa ianya tidak menarik satu juta penyokong seperti dijanjikan oleh Pakatan Rakyat?” soalnya.

Menjelang acara tersebut, penganjur perhimpunan menganggarkan kehadiran seramai satu juta orang, walaupun kapasiti tempat duduk di Stadium Merdeka hanya memuatkan 30,000 orang.

Perhimpunan yang memperlihatkan orang berpakaian t-shirt dalam warna berbeza bagi menggambarkan isu diperjuangkan, dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah terakhir mengetengahkan tuntutan mereka sebelum pilihan raya umum diadakan menjelang Jun.

“Jadi, satu kesan dari peristiwa ini adalah kita tidak boleh sentiasa percaya dengan semua yang pihak-pihak ini beritahu kita. Mereka sentiasa menaikan angka.

“Kadang-kadang, mereka hanya perlu menjadi realistik. Anda tidak boleh menjanjikan sesuatu yang di luar jangkauan anda ... anda hanya akan memberikan harapan palsu,” kata Agus.

Akan tetapi dari sisi positif pula, pensyarah itu mengatakan perhimpunan yang berjalan lancar itu, berkemungkinan perhimpunan awam terbesar dalam tahun-tahun kebelakangan ini, harus ditandakan sebagai satu penanda aras kepada pertumbuhan demokrasi di Malaysia.

Beliau mengatakan suasana karnival perhimpunan dan peserta dari pelbagai bangsa dan latar belakang turun bersama-sama untuk dengan satu tujuan cukup untuk menyebabkan seseorang menitiskan air mata.

“Ia menyebabkan semua orang gembira untuk mendapatkan permit. Ia menunjukkan kita rakyat Malaysia sudah boleh mengekspresikan hak kita secara aman. Ini adalah apa yang dikatakan sebagai demokrasi,” katanya.

Agus menambah salah satu kesan terbesar dari perhimpunan ini adalah ia membantu pengundi membuat keputusan mereka untuk pilihan raya dengan meletakkan mereka dalam “kedudukan terbaik untuk menilai parti mana adalah yang terbaik”.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat beberapa janji pilihan raya dihadapan orang ramai yang kebanyakannya Melayu di Stadium Merdeka.

Kerani Laila Mahmud mengatakan bahawa kos sara hidup semakin meningkat.
Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas perhimpunan, ramai peserta perhimpunan kelihatan bersemangat dan bersungguh-sunguh mahukan berlakunya perubahan terhadap penguasaan di Putrajaya selepas PRU ke 13.

“Ini adalah kemuncak sebelum PRU 13,” kata Md Ishak, seorang Dispatch merujuk kepada pilihan raya.

“Kami marah kepada kronisme. Mereka merompak kita. Kami sangat marah kepada pemimpin sekarang.”

“Saya merasa positif selepas acara ini. Saya selalu marah kepada BN,” kata lelaki berumur 36 tahun itu sambil menambah beliau akan mengajak rakan-rakannya untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Laila Mahmud seorang kerana mengatakan, selepas mendengar isu-isu dibangkitkan semasa perhimpunan, beliau merasakan kerajaan BN harus digulingkan.

“Di bawah kerajaan hari ini, semuanya mereka kawal. Kami tidak boleh menyatakan ketidakpuashatian kami,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Suara rakyat tidak didengari oleh kerajaan hari ini,” tambahnya.

Laila juga menyatakan keyakinannya dengan kemampuan PR untuk menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan persekutuan berkredibiliti.

“Mereka memperjuangkan apa yang rakyat tak boleh dapat. Contohnya harga minyak, barangan, kebebasan untuk memilih kerajaan, pilihan raya adil,” katanya.

Pekerja kilang Shamsuddin Hassan, 37 tahun berkata perhimpunan menunjukkan kebangkitan rakyat.

“Ia menambahkan keyakinan kami untuk menukar kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Saya rasa Pakatan lebih baik. Kita dengar sebentar tadi tentang pelbagai isu, contohnya isu lembu, orang yang bersalah, isu royalti minyak, tambah Shamsuddin merujuk kepada skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menyebabkan seorang menteri meletakan jawatan.

Nasrias Awang seorang suri rumah yang memandu dari Besut, Terangganu untuk menyertai perhimpunan mengatakan BN harus ditendang keluar sebagi kerajaan pusat.

“Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa sesuatu yang baik. Saya yakin perhimpunan akan membangkitkan semangat dikalangan rakyat,” katanya yang berusia 45 tahun itu.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: