20 Mei 2013

Hijrah: Zahid berkeras, tak akan tarik balik kenyataan


10 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,20 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menggesa rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah keluar dari negara ini.

Zahid juga dilaporkan berkata, beliau bersedia berdepan dengan usul mengecamnya berhubung kenyataannya itu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat yang akan bersidang nanti.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan akan membawa usul di Dewan Rakyat bagi mengecam Zahid yang mengeluarkan kenyataan yang didakwa tidak wajar itu.

Zahid mengejutkan banyak pihak apabila mengeluarkan kenyataan meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain ketika beliau baru sahaja dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kenyataannya itu menimbulkan pelbagai bantahan bukan sahaja dari ahli politik malah termasuk juga ahli akademik dan penganalisis politik.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dalam reaksinya mempersoal kenyataan Zahid itu yang disifatkannya bercanggah perlembagaan.

Beliau mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan.

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=537710489623479&set=a.531857196875475.1073741828.520825894645272&type=1&theater

Tanpa Nama berkata...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=538717629522765&set=a.531857196875475.1073741828.520825894645272&type=1&theater

Man driver berkata...

Saya sokong 100% kenyataan Zahid. Sapa yg rasa tak boleh nak terima sistem di negara ini perlu angkat kaki. Sapa yg kata bertentangan dgn perlembagaan hanaya pandai bermain kata2 sb mereka yg yg dari puak pembangkang lg banyak perbutan2 mereka yg bertentangan dgn perlembagaan dan membuat tindakan2 yg cuba utk memecah belahkan keamanan di negara ini dibiarkan berlaku. mereka ini lg besar kepala dan memang kurang ajar melanggar perkara2 yg telah ditetapkan oleh perlembagaan negara perlu diambil tindakan tegas dan keras secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur, kerana mereka menggunakan kaedah autokrasi utk dpt memerintah negara ini, walaupun mereka sekadar berpura2 melaungkan demokrasi tetapi sebenarnya hanaya lakonan shj. utk menggambarkan mereka tu bersih tetapi sebenarnya kotor.