22 Mei 2013

Peguam temui kes paling buruk selepas Kugan

12 Rejab 1434 H. [MOD] -



 
Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: