16 Jun 2013

Bas di bom, 11 pelajar universiti terbunuh

7 Syaaban 1434 H. [MOD] -

SLAMABAD 16 Jun - Sekurang-kurang 11 orang pelajar universiti terkorban dan lebih 17 cedera apabila sebutir bom meletup di dalam sebuah bas di wilayah Balochistan, semalam.

Menurut jurucakap polis, Atiqur Khan, letupan itu berlaku ketika pelajar Universiti Sardar Bahadur Khan Women’s berada di dalam bas di bandar Quetta.
Saya mengesahkan seramai 11 pelajar wanita terbunuh dan 17 orang lagi cedera,’’ kata Khan sambil mendedahkan siasatan awal mendapati bom tersebut diletakkan di dalam bas berkenaan.

Sabtu lalu, kumpulan militan memusnahkan sebuah muzium yang pernah digunakan oleh pengasas Pakistan dan membunuh seorang pegawai polis di bandar Bukit Ziarat yang terletak di Balochistan. - DPA

Tiada ulasan: