30 Julai 2013

2 pemimpin Islamis Mesir ditahan


21 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Dua pemimpin Islamis yang menyokong presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Morsi ditahan pada Isnin ketika Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton mengadakan beberapa siri pertemuan di Kaherah.

Pemimpin parti Wasat Abul-Ela Madi dan timbalannya Essam Sultan ditahan di sebuah pangsapuri di Kaherah. 

Polis merampas sejumlah wang Dolar Amerika Syarikat (AS), Euro dan pound Mesir dalam jumlah yang banyak, lapor media tempatan.

Kedua-dua ahli politik itu dipindahkan ke penjara Tora di Selatan Kaherah, tempat seorang lagi presiden yang digulingkan sebelum ini Hosny Mubarak ditahan.

Madi dan Sultan penyokong setia Mursi. Pihak pendakwaan mengeluarkan waran tangkap kepada mereka bersama kepimpinan Ikhwanul Muslimin atas dakwaan menghasut ke arah keganasan.

Ashton tiba di ibu kota Mesir pada Ahad dalam lawatan keduanya di Mesir selepas penggulingan Mursi pada 3 Julai, selepas jutaan turun ke jalan raya menuntut pilihan raya presiden lebih awal setahun selepas beliau dipilih ke jawatan itu.

Gesa pilihan raya adil, k'jaan awam
Ashton bertemu presiden sementara Adly Mansour, timbalan presiden Mohammed ElBaradei dan menteri luar Nabil Fahmy.

Jurucakap presiden Ahmed al-Meslemani menyifatkan dialog itu berlangsung secara "terbuka dan saling memahami".

Katanya, Mansour dan Ashton membincangkan visi EU terhadap rancangan di tempoh peralihan Mesir.

Ashton juga bertemu menteri pertahanan dan ketua angkatan tentera bdul Fattah
al-Siss serta anggota pergerakan anak muda 6 April yang memainkan peranan besar dalam kebangkitan menggulingkan Mubarak daripada tampuk kekuasaan pada 2011.

Ashton juga dijadual bertemu wakil Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditaja Ikhwanul Muslimin.

"Peralihan yang sepenuhnya merangkumi proses inklusif... harus berlaku secepat mungkin bagi mengembalikan pemerintahan berdasarkan perlembagaan, pilihan raya bebas dan adil dan kerajaan awam," katanya sebelum dialog.

Serangan harian pada tentera di Sinai
Ikhwan berikrar terus menunjuk perasaan sehingga Mursi, yang ditahan tentera di lokasi tidak didedahkan, dikembalikan ke tampuk kekuasaan.

Ashtin tiba selepas insiden kematian di Mesir dalam pertempuran hujung minggu, yang terus menerus berlaku selepas Mursi digulingkan.

Ikhwan dan sekutu islamisnya berkata Mursi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera. Sementara itu pasukan keselamatan pula menuduh Ihwan dan Mursi menghasut ke arah keganasan di Mesir.

Di Semenanjung Isnai, seorang askar terbunuh dan 14 cedera dalam serangan terhadap mereka, menurut sumber pentadbiran. Tiga orang awam turut tercedera.

Balai polis dan ibu pejabat keselamatan di Al-Arish diserang pelancar grenad manakala bom meletup di belakangnya, menyebabkan kecederaan kepada orang ramai di masjid berdekatan,

Kem keselamatan di banda di Sinai Utara Rafah dan Sheikh Zuwaid juga diserang. Selepas Mursi digulingkan, Sinai merakamkan serangan harian terhadap pegawai keselamatan dan bangunannya,

-dpa

Tiada ulasan: