25 Julai 2013

Mesir: Al-Sisi seru pertembungan Jumaat ini

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MESIR: Ketua Tentera Mesir Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi semalam membuat kenyataan "ancaman" apabila menyeru rakyat Mesir untuk turun ke seluruh dataran pada Jumaat ini, iaitu esok bagi membantu beliau berhadapan dengan penyokong Dr Muhammad Morsi yang dilabelnya sebagai pengganas.

Al-Sisi yang juga Menteri Pertahanan dalam ucapannya ketika meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah semalam secara jelas meminta mandat daripada rakyat untuk bertembung dengan penyokong Morsi.

"Saya mendesak orang ramai turun ke jalanan hari Jumat nanti untuk membuktikan tekad mereka dan memberi saya, tentara, dan polis sebuah mandat bagi menghadapi kemungkinan kekerasan dan terorisme."

"Dengan demikian dalam hal itu harus ada penghentiaan kekerasan serta terorisme dan tentara akan mendapat mandat untuk menghadapinya," katanya yang turut disiar secara langsung beberapa buah saluran televisyen milik tentera.

Ikhwan sifatkan ancaman

Sementara itu, Ikhwan Muslimin menyifatkan kenyataan Al-Sisi itu sebagai ancaman, dan yakin pihak penyokong Morsi yang telah berhimpun hampir tiga minggu lalu tidak akan berganjak.

Wakil Ketua Partai Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin Essam El-Erian berkata, kenyataan Al-Sisi itu juga cuba membuat pengesahan untuk terus menggunakan kekerasan termasuk membunuh peserta himpunan penyokong Morsi.

"Ancamanmu tidak akan menghentikan jutaaan orang untuk berkumpul," kata Essam.

Tiada ulasan: