19 September 2013

13 peserta Ops Bantah dilepas dengan ikat jamin

13 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
TAIPING: Hakim Mahkamah Tinggi Taiping menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar.

Keputusan ini dibuat selepas Hakim Datuk Ahmad Nashfi berpuas hati dengan penghujahan oleh barisan peguambela yang terdiri daripada Asmuni Awi, Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkapli, Agustine dan beberapa orang lagi.



Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 oleh seorang penjamin.



Denda RM5,000 yang dijatuhkan sebelum ini boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan.



Semua terduduh juga tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan sama ada di laman sosial seperti Facebook mahupun media.



Ratusan orang terdiri daripada pimpinan, penyokong dan ahli keluarga telah hadir memberikan sokongan.

Antara pimpinan yang hadir termasuklah Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al- Jundi, dan barisan Adun serta pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Pada 13 September lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada mereka kerana terlibat dengan demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009.

Harakahdaily

Tiada ulasan: