26 September 2013

Gempa kuat 7.0 magnitud gegar Peru

19 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

LIMA: Gempa kuat berukuran 7.0 magnitud menggegarkan selatan Peru ari ini sehingga mencetuskan keadaan panik di beberapa bandar berdekatan. 


Gempa yang paling kuat direkodkan di Peru tahun ini turut dirasai gegarannya di lapan negeri di sebelah selatan dan barat tengah negara itu. 


Gegaran yang berlaku jam 11.42 pagi waktu tempatan itu berpusat di 46 kilometer di selatan Bandar Acari di pesisir Lautan Pasifik di kedalaman 46 kilometers, demikian lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). 


Pegawai Institut Pertahanan Awam Peru, Alberto Bisbal memberitahu stesen  Eadio RPP, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa tsunami. 



Sejurus kejadian, beberapa kawasan berdekatan Gunung Berapi Nevado Chachani berdekatan Bandar Arequipa berlaku tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya. - AFP

Tiada ulasan: