10 September 2013

Wartawan demo desak rakan dibebas

4 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily
MESIR: Sekumpulan aktivis dan wartawan mengadakan demonstrasi bagi mendesak seorang wartawa Ahmed Abu- Deraa yang ditangkap pihak tentera dan menghadapi tuduhan penyiaran maklumat palsu mengenai tentera dibebaskan dengan segera.

Mereka menyatakan solidariti serta mempertahankan tindakan Abu- Deraa yang didakwa telah memberi laporan benar kepada dunia.

"Saya menyeru Abdel Fattah El- Sisi untuk campur tangan segera untuk melepaskan Abu- Deraa ," kata Abdul Qader Mubarak, wartawan berpengkalan di Sinai semalam.

"Abu- Deraa sentiasa menyumbang untuk mendedahkan kebenaran di Sinai," katanya.

Abu- Deraa adalah seorang wartawan yang pernah memenangi Anugerah Kewartawanan Samir Kassir 2013 untuk laporan beliau berkaitan penyeludupan manusia berlaku di Sinai.

Beliau telah dirujuk kepada pendakwaan tentera pada Khamis lalu yang mendapat perintah untuk menahanya 15 hari.

Kudeta menuduh beliau menyiarkan maklumat palsu tentang tentera , berkomunikasi dengan "kumpulan pengganas" di Sinai, penggambaran harta tentera dan memprovokasi angkatan tentera.

Sejak rampasan kuasa 3 Julai lalu, ramai wartawan terkorban, sebahagiannya ditangkap dan diburu oleh pihak tentera ekoran menyiaran tindakan ganas pasukan keselamatan terhadap penyokong Morsi.

Kerajaan kudeta sebelum ini juga melahirkan rasa tidak senang terhadap media khususnya media asing yang disifatkan berat sebelah dan memberi gambaran salah terhadap tindakan tentera meleraikan penunjuk perasaan.

Tiada ulasan: