22 Oktober 2013

Cuaca diramal mendung pagi hari penamaan calon PRK Sungai Limau

17 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN: Cuaca mendung diramal pada sebelah pagi hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau esok.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia sebagai disiarkan Bernama sebagai berkata  berkata pada sebelah petang, hujan sementara diramal berlaku. 


Sehubungan itu, orang ramai yang mahu keluar rumah terutama berhampiran tempat penamaan calon dinasihatkan supaya berhati-hati dengan perubahan cuaca ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menetapkan esok sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Sungai Limau, yang akan diadakan di Dewan Dato' Madi di sini, manakala 4 Nov sebagai hari mengundi. 


Barisan Nasional (BN) menamakan bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, sebagai calonnya manakala PAS memilih Ketua Dewan Pemuda PAS Jerai Mohd Azam Samat, 37. 

Tiada ulasan: