22 November 2013

Presiden bentang ucapan dasar bertema "Rahmat Untuk Semua"

18 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mula membentangkan ucapan dasar bertemakan "Rahmat Untuk Semua" pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-59, di  Stadium Melawati, dekat sini.

Sambil mengalu-alukan kehadiran sidang muktamirin, rakan taulan, para tetamu dan pemerhati, beliau menjelaskan tema "Rahmat Untuk Semua"  adalah berpaksikan kepada keyakinan bahawa perjuangan Islam yang dibawa PAS membawa rahmat kepada seluruh alam.


PAS, ujarnya menyampaikan mesej Islam melalui wadah tarbiyah, dakwah dan siyasah (politik).

Mesej Islam yang dibawa para rasul dan disempurnakan Nabi Muhammad s.a.w. ini, ujarnya membawa rahmat kepada ke seluruh alam sesuai dengan firmah Allah SWT dalam Surah al-Anbiya', ayat 107.

"Marilah sama-sama kita memahami, bahawa apa yang kita bawa ini bukan bersifat retorik dan bukannya suatu janji-janji indah yang ingin mengaburi pandangan  manusia atau mengelirukan kefahaman. 

"Maudu’ kita  adalah Islam yangberteraskan kepada keyakinan yang dipahat dengan tegasdalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Inilah Islam yang yang nyatakan oleh Rasulullah s.a.w. membawa rahmat adil kepada masyarakat majmuk yang bersaudara di atas kemanusiaan," ujarnya.


Seramai 1,120 perwakilan termasuk pemimpin PAS Pusat akan berhimpun di Stadium Malawati, Shah Alam sehingga 24 November pada muktamar pemilihan kali ini.

Proses pemilihan jawatan dalam parti akan berjalan petang ini dan keputusan pemilihan dijangka akan diketahui kira-kira jam 8.45 pagi 23 November (Sabtu).

Perbahasan ucapan dasar dan perbahasan usul berlangsung esok manakala hari ke-3 muktamar pula akan diisi dengan ucapan penggulungan oleh pemimpin PAS Pusat dan ucapan penangguhan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Perjalanan muktamar juga disiarkan secara langsung melalui webtv PAS (http://webtv.pas.org.my) dan juga radio internet hijau.fm.

Harakahdaily

Tiada ulasan: