19 Januari 2014

Iraq: Realiti perjuangan yang disembunyikan

17 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Pencerobohan dan pendudukan Amerika ke atas Iraq pada April 2003 telah membuka lembaran hitam dalam sejarah negara tersebut dan penduduknya, di mana mereka telah dizalimi dan diperlakukan dengan berbagai bentuk penganiayaan dan kekejaman, dan situasi tersebut menjadi bertambah buruk apabila Iraq diambil alih kerajaan boneka yang dipilih Amerika, yang mana mereka ini adalah golongan pengkhianat yang diupah oleh barat dan merupakan pertualang politik yang hidup dalam buangan di Iran sejak sekian lama setelah melarikan diri dari berbagai jenayah politik.

Pembentukan kerajaan palsu pseudo ini yang di mata dunia kononya mengikut proses perjalanan politik yang adil, pada hakikatnya adalah satu perancangan jahat Paul Bremer, seorang pentadbir awam dan ejen Amerika yang didalangi Amerika dan barat dengan kerjasama Iran. Kerajaan yang bertulang belakangkan kelompok Syiah ini dijadikan alat untuk memecah belahkan umat Islam dengan mensasarkan masyarakat Sunni yang sebelum ini merupakan golongan dominan dengan memerangi dan mengusir mereka dari kediaman, serta melakukan berbagai bentuk penindasan seperti ugutan, merampas dan menghancurkan harta benda awam dan persendirian serta menafikan hak kerakyatan yang dinikmati sebelum ini. Kerajaan boneka ini juga telah menangkap dan menjalankan penderaan ke atas majoriti golongan Sunni dengan sewenangnya tanpa sebarang sebab yang berasas. Bilangan rakyat Iraq yang telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga kini mencecah ribuan orang lelaki dan wanita. Mereka ditahan dan didera tanpa ada waran tangkap dan sebarang pertuduhan.

Kerajaan boneka ini membiarkan pasukan tenteranya yang pada asalnya golongan militan Syiah yang telah dilatih oleh Iran untuk melakukan keganasan dan penghinaan secara terbuka ke atas tahanan Sunni di dalam penjara dengan mencabul dan merogol tahanan wanita, mendera dan menyeksa tahanan lelaki hingga ada yang mati dan mengalami kecacatan seumur hidup. Ramai tahanan yang hilang tanpa khabar berita. Bukan setakat itu, malah kaum keluarga tahanan juga tidak terlepas dari diperas dan diugut, ada yang terpaksa menjual harta benda untuk membayar sejumlah wang dengan alasan untuk menyelamatkan mangsa tahanan dari sebarang bentuk hukuman dan penderaan. Ada juga yang terpaksa berpindah ke tempat lain demi keselamatan kaum keluarga dari ancaman dan penganiayaan golongan militan dan masyarakat Syiah setempat.

Kemuncak dari segala keganasan dan penganiayaan yang berlaku, rakyat Iraq mula bangkit membantah dengan mengadakan protes dan demonstrasi secara aman yang dianjurkan dengan berkumpul di medan-medan yang terbuka. Tujuan perkumpulan dan demonstrasi ini adalah untuk menyatakan bantahan dan protes terhadap polisi kerajaan yang didalangi oleh konspirasi syiah Iran. Majoriti rakyat ini bangkit untuk menegur dan menzahirkan ketidakpuasan hati mereka atas sikap dan layanan kerajaan boneka ini yang zalim dan rakus menindas serta tidak memperdulikan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi rakyat, di samping mengemukakan tuntutan, antaranya supaya kerajaan bersikap telus, adil dan dikembalikan hak rakyat Iraq yang telah dirampas dan dinafikan.

Malangnya, protes dan demonstrasi secara aman yang telah dianjurkan di beberapa lokasi perhimpunan yang berlangsung serentak di hampir setiap negeri ini dan mendapat sambutan majoriti rakyat yang telah turut serta menyokong dan datang membanjirinya, pihak berkuasa telah melihatnya sebagai satu ancaman, lantas setelah mendapat restu dan arahan dari Iran kerajaan boneka ini dengan bongkaknya telah menghantar pasukan tentera untuk mengepung medan-medan perhimpunan ini dan mengarahkan supaya meleraikan para peserta demonstrasi yang duduk berkumpul di dalamnya.

Selepas pengepungan dan amaran selama lima hari, di salah satu lokasi perhimpunan di Hawiijah yang terletak di wilayah Ta’mim, di tapak perhimpunan yang dinamakan sebagai Medan Perjuangan Harga Diri dan Kehormatan ساحة الغيرة والشرف)) pihak tentera telah diberikan arahan supaya menyerang dan meleraikan perhimpunan dengan keganasan. Pihak tentera telah melepaskan tembakan dengan menggunakan peluru hidup secara terbuka ke atas para peserta demonstrasi walaupun mereka berhimpun secara aman dan tidak melakukan apa-apa bentuk keganasan serta tiada membawa sebarang bentuk senjata di tangan.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang kejam ini telah meragut ratusan jiwa yang tidak berdosa gugur sebagai syuhada dan ramai yang tercedera, selain kerugian harta benda seperti kenderaan dan barangan para peserta yang dirampas dan khemah-khemah yang dibakar tanpa belas kasihan. Mayat para korban diseret dan diperlakukan seperti haiwan dengan bentuk penghinaan yang diluar batas kemanusiaan, ada yang berkecai dan tak dapat dikenali. Mangsa yang cedera juga diperlakukan seperti haiwan, para petugas perubatan dilarang untuk member bantuan dan ada yang dibiarkan mati dengan sengaja, kononnya sebagai pengajaran kepada yang masih hidup. Tragedi buruk ini menjadikan kerajaan boneka dan militan syiah bertambah angkuh dan makin ganas menindas rakyat. Mereka menyangka tindakan ini menjadikan rakyat takut dan patah semangat.

Setelah beberapa bulan, pihak kerajaan dan militan ini merancang untuk melakukan operasi serangan yang sama untuk mematahkan semangat penduduk Fallujah, di wilayah Anbar yang penduduknya majoriti golongan Sunni, setelah mendapati bahawa Tragedi Hawijah tidak mematahkan semangat para penduduk yang masih berhimpun dan berdemonstrasi menyatakan protes dan bantahan secara aman.

Pihak kerajaan dan militan Syiah mula menjalankan operasi yang sama dengan mengepung dan menyekat perhimpunan demonstrasi yang berlangsung aman lokasi yang dinamakan sebagai Medan Perjuangan Menuntut Kehormatan dan Kemuliaan ( ساحة العزّة والكرامة). Pada kali ini rakyat yang sudah begitu kecewa dan melihat sudah tiada harapan lagi untuk pintu rundingan dengan pihak kerajaan yang semakin zalim dan rakus menghancurkan kehidupan rakyat dan negara telah mengambil langkah berjaga-jaga dan dapat merasakan tragedi Hawiijah akan berulang semula jika dibiarkan. Para pemimpin masyarakat mula mengarahkan para penduduk supaya bersiap sedia akan kemungkinan buruk yang mungkin berlaku apabila mendapat berita yang pasukan tentera sedang bergerak besar-besaran menuju ke wilayah Anbar dengan disertai oleh militan Syiah Iran.

Jangkaan tersebut ternyata tepat apabila pasukan tentera dan militan secara rambang tanpa sebarang amaran mula melancarkan bedilan mortar dan menghancurkan beberapa kawasan kediaman sebagai tanda amaran bahawa mereka telah sampai dan berada di Fallujah. Kerajaan boneka Iran dan Amerika ini menyangka tindakan sebegini akan menakutkan rakyat dan akan mengambil sikap sebagai golongan yang pengecut apabila melihat pasukan tentera yang lengkap dengan berbagai kelengkapan persenjataan yang hebat seperti kereta kebal, hummer, mortar dan sebagainya. Malangnya perkiraan mereka salah dan meleset apabila dikejutkan dengan serangan balas rakyat Sunni yang berani demi mempertahankan kemuliaan Islam dan Iman dan kedaulatan tanah air serta kehormatan dan maruah mereka.

Serangan dan tindakbalas dari penduduk Anbar yang bersatu dan begitu tersusun atas nama Majlis Mujahiden Puak kekeluargaan Anbar yang sungguh tak dapat dijangka itu menyebabkan ramai anggota tentera para militan Syiah yang rupa-rupanya pengecut, sebelum ini mereka yangbegitu sombong dan angkuh mempamerkan kekuatan senjata kecut perut dan bertempiaran lari meninggalkan medan pertempuran. Ramai juga yang menyerah diri. Kerajaan boneka yang diketuai oleh Perdana Menteri Siah Nouri Al-Maliki dengan nasihat dan bantuan militan Syiah Iran melancarkan tindak balas dengan menghantar lebih banyak bantuan ketumbukan ketenteraan, namun kejayaan masih berpihak kepada para mujahiden Anbar.

Cetusan semangat perjuangan yang berlaku di Anbar akhirnya merebak ke seluruh negara. Dalam masa yang begitu singkat rakyat Sunni yang selama ini tertindas mula bersatu dan bangkit menyatakan tentangan mereka dalam bentuk bersenjata, setelah melihat pintu rundingan secara aman dan diplomasi sudah tertutup. Beberapa wilayah yang didominasi oleh rakyat Sunni mula bangkit di bandar-bandar utama seperti di Mosul, Tikrit, Kirkuk, Baghdad, Diyala dan Ta’mim.

Para pejuang ini bersatu atas nama jihad demi mempertahankan kemuliaan Islam dan iman menentang kekufuran Imperialis barat dan tali barut Iran yang sebelum ini mencemarkan maruah dan kemulian rakyat dan negara Iraq. Perjuangan ini adalah satu revolusi rakyat yang bangkit menentang penindasan dan kekejaman kerajaan boneka yang menjadi alat oleh musuh Islam seperti Amerika dan Syiah Iran yang menjadi dalang dibelakangnya. Perjuangan ini tiada kaitan langsung dengan puak pengganas ISIL (ISLAMIC STATE IN IRAQ AND THE LEVANT) atau dalam bahasa arabnya الدولة الإسلامية في العراق و الشام داعش)) yang didalangi Al-Qaeda mendakwa mereka adalah pejuang yang sebenarnya, bahkan golongan inilah yang giat mengkhianati perjuangan jihad suci mujahiden rakyat Iraq dan Syria. Sesungguhnya inilah hakikat yang pahit yang perlu diketahui oleh umat Islam seluruh dunia.

Kerajaan boneka Maliki cuba menutup realiti yang pahit ini dengan memanipulasi berita bahawa pihak kerajaan dengan kerjasama majoriti rakyat sedang memerangi puak pengganas ISIL yang kononnya telah menguasai beberapa bandar di Anbar dan wilayah yang lain sebagaimana yang disiarkan oleh agensi berita antarabangsa, dan menggambarkan perjuangan jihad yang sedang hebat berlangsung sekarang adalah antara kerajaan Iraq yang bekerjasama dengan rakyat menentang pengganas ISIL. Realiti dan hakikat sebenar yang cuba diputar belit oleh kerajaan boneka dan ISIL adalah kerjasama kerajaan adalah bersama ISIL yang saban hari bertanggung jawab membunuh dan cuba menghapuskan perjuangan para mujahiden Sunni yang sedang bangkit melancarkan jihad menentang kekufuran dan pengkhianatan golongan musuh umpama musang berbulu ayam ini. Fitnah perjuangan yang dibawa oleh ISIL sesungguhnya begitu bahaya yang merupakan konspirasi Amerika, barat dan Iran untuk menghancurkan Islam dan Jihad dari muka bumi Iraq dan Syam. Para mujahiden Sunni di Iraq bersumpah untuk terus berjuang demi mempertahankan kesucian aqidah, iman dan syariat Islam yang telah diwarisi dari generasi ke generasi hingga titisan darah yang terakhir, sesungguhnya janji Allah itu pasti. Doakan kejayaan para mujahiden dalam perjuangan yang suci ini.

Harakahdaily

Tiada ulasan: