03 Februari 2014

Trafik perlahan di kebanyakan lebuh raya

3 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Trafik dilaporkan masih bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya malam tadi berikutan ramai warga kota pulang selepas cuti panjang bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad berkata di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke Kuala Lumpur, trafik bergerak agak perlahan di lima laluan setakat 9.30 malam, iaitu dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Simpang Pulai ke Gua Tempurung, Sungkai ke Slim River, Bertam ke Sungai Dua dan Changkat Jering ke Terowong Menora.
Dari arah selatan ke ibu kota pula, trafik dilaporkan sesak dari Pedas Linggi, Senawang, Port Dickson dan Seremban ke Nilai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik sesak sebelum dan selepas plaza tol Bentong ke Bukit Tinggi mulai 4 petang .

"Bagaimanapun, di sekitar plaza tol Gombak dari Genting Sempah pula trafik masih terkawal," katanya.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari
www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Tiada ulasan: