06 Mac 2014

Travelog Idham Lim (5)

4 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

7.Kenangan dulu2....Alahmdulillah proses khitan berjalan lancar. Kebetulan pada hari itu ayah angkat ust. Abd Rahman Salleh ada hal yg tidak dapat dielak sebab itulah saya pergi dan balik sendiri dengan menaiki beca roda tiga yang lebih dikenali dengan panggilan "teksi" di Kelantan..

Selepas itu saya dibawa berehat dan duduk sekitar sebulan di rumah Ust Isa atau Lebai Isa yang ada pertalian keluarga dengan Ayah angkat di Kg Jedok berdEkatan dengan Bukit Bunga. menantikan sembuhnya khitan sempat saya belajar ilmu agama dan al quran dengan Ayah Isa.

Dia di kenali sebagai seorang alim serta di hormati oleh masyarakat setempat. Selain itu sehingga sekarang banyak tetamu dari dekat dan jauh datang kerumahnya untuk berubat berbagai jenis penyakit. Ikhtiarnya dengan memberi air jampi yang dijampi dengan zikir tertentu dan diiringkan dengan sembahyang hajat.

Antaranya saya sempat belajar beberapa bab dari kitab hadits Fiqh Sunnah karangan Syaid Sabiq.

Sebenarnya saya duduk jauh dari bandar Machang adalah untuk mengelak dari gangguan Keluarga yang terus berusaha untuk mengembalikan kepada agama asal.....

Sekitar jam 10 pagi 25 Februari lepas, saya menerima pm dari rakan fb Muhamad Abdullah .... "Salam, dato, ustaz isa jedok meninggal dan akan simpan jam 11.00pg ini. Harap maklum".

Berita itu mengejutkan saya sebab pada 20 februari 2014 dalam perjalan saya balik ke machang saya sempat singgah bertemu dengan ustaz Isa yang saya panggil ayah Isa itu.

Mulanya disebabkan waktu maghrib sudah sampai saya terus ke surau yang letaknya bersebelahan dengan rumahnya di Kampung Jedok itu. Kami jemaah menuggu beberapa ketika dengan mengharapkan dia turun untuk menjadi Imam. Kata seorang jemaah " kalau dia sihat dia akan turun, tetapi semlam dia tak turun".Akhirnya saya di tolak menjadi imam.

Selepas berbual beberapa ketika dengan jemaah termasuk anak Ayah Isa yang saya panggil Nie. Saya terus kerumah Ayah Isa untuk menziarahinya. Alhamdulillah pertemuan kami sekeluarga yang sudah saling mengenali sejak tahun 1986 itu berlangsung sekitar sejam dengan saya sempat meminum secawan air panas dan sedikit kuih yang dihidangkan..

Dalam perbualan dengan Ayah Isa termasuklah saya memaklumkan tentang akan adakan kenduri menyambut menantu pada 9 jun akan datang..Dia memaklumkan keadaan kesihatan yang tidak menentu dengan penyakit asma sejak pulang menunaikan ibadah haji sejak 3 tahun lepas.

Saya tinggal dirumah Ayah Isa selama sebulan pada awal tahun 1986. Selepas saya khitan atau bersunat lalu dihantar oleh keluarga angat di machang yang mempunyai pertalian persaudaraan yang dekat.

Sempat dalam perbualan saya maklumkan sejenis ubat yang di jual oleh episod legenda di kota baharu. Saya maklumkan kalau sempat saya carikan dan hantarkan semasa balik ke perak keesokannya. Apakan daya saya agak bergegas ubtuk balik ke Perak disbabkan ada liqa fikri PAS kuala kangsar pada malamnya. Itupun tak sampai hajat disebebkan saya dek kerana keletihan terpaksa tidur dekat 2 jam di kemuncak Titi Wangsa.

Itulah pertemuan terakhir saya dengan Ayah Isa . Teringat dengan keramahannya menghantar saya sampai ketangga rumah semasa saya mohon diri untuk meneruskan perjalanan .

Sempat saya terpandang dengan ketulan batu kecik yang diletakkan dalam satu bekas yang katanya diminta oleh seseorang untuk tunaikan hajat dizikirkn setiap ketul batu dengan 10,000 zikir...lihat kepada jumlah batu entah berapà ratus ribu malah mungkin mencecah sejuta zikir.

Semuanya tinggal kenangan. Pertemuan itulah yang paling akhir. Semuga rohnya ditempatkan bersama roh orang yang soleh dan segalà amalnya di beri pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.

AL FATIHAH

BERSAMBUNG....

Tiada ulasan: