اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ
رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ
تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …
أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا
عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ…
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Marilah
kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan
keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Walaupun ujian demi ujian yang melanda, moga
kita terus istiqamah berada atas landasan Aqidah dan Syariah Allah yang benar.
Muslimin yang
dirahmati Allah,
Negara
diuji dengan berbagai ujian, termasuk kemarau panjang yang menggusarkan seluruh
rakyat dan kehilangan pesawat MH370 yang masih dalam usaha pencarian. Umat
Islam meletakkan pergantungan kepada Allah, dengan berusaha dan berdoa
bersungguh-sungguh kepada Allah yang Maha Berkuasa. Munajat dan Solat Hajat
tidak henti-henti dilaksanakan di mana-mana sahaja.
Namun,
dicelah kesungguhan tersebut, kita dikejutkan dengan perbuatan perbomohan yang jelas
bercanggah dengan Syara’ dan amat memalukan negara di mata dunia. Rata-rata
umat Islam malah yang bukan Islam, tidak bersetuju malahan merasa jelek dan
malu atas perbuatan tersebut.
Walaubagaimanapun
masih terdapat segelintir umat Islam yang masih percaya dan bergantung harap
dengan kaedah perbomohan ini. Mungkinkah secara tidak langsung Allah sedang
menunjukkan kepada dunia bahawa Nusantara (Malaysia khasnya) masih begitu
banyak amalan khurafat ini?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Perbomohan
ini kebiasaannya dikaitkan dengan aktiviti rawatan akibat sakit. Islam telah
mengasaskan kaedah perubatan yang dibahagikan kepada tiga cara; iaitu pertama
melalui ubat-ubatan fizikal, kedua melalui ubat-ubatan metafizikal dan
yang ketiga melalui gabungan kedua-dua unsur fizikal dan metafizikal.
Ubat-ubatan fizikal ialah seperti perubatan moden yang menggunakan ubat,
pembedahan, peralatan maupun penawar seperti madu, air zamzam, manakala
ubat-ubatan metafizikal pula ialah bacaan-bacaan ayat suci Al-Qur’an, doa,
zikir dan ru’yah atau jampi yang
dibenarkan Syara’.
Allah swt berfirman
dalam Surah Al Israa’ ayat 82 :
وَنُنَزِّلُ
مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ
وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا
يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا ﴿٨٢﴾
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat
Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua
Ibnu Abbas
meriwayatkan daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
الشِّفَاءُ في ثلاثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ، وشَرْطَةِ مِحْجَمٍ، وكَيَّةِ نارٍ،
وأنْهَى أُمّتِي عَنِ الكَيِّ
Kesembuhan itu boleh dicapai
melalui 3 kaedah; meminum madu, berbekam dan bakaran api. Dan aku larang umatku
menggunakan bakaran api (kerana belum diketahui teknologinya ketika itu). Hadis Sohih riwayat Imam Al-Bukhari
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Sejajar
dengan perkembangan Islam yang semakin meningkat, umat Islam semakin menjauhi
bomoh dan mula mencari perawat yang mematuhi kehendak Syara’. Namun, kekeliruan
sering terjadi akibat penampilan dan penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh
bomoh-bomoh bagi menunjukkan mereka juga menggunakan kaedah Islam. Bomoh juga
sudah mula selesa dipanggil ustaz walaupun hakikatnya masih menggunakan kaedah
yang berlawanan dengan syara’.
Sesungguhnya
amalan perbomohan yang bercanggah dengan syariat Islam boleh membawa kepada
syirik atau menyekutukan Allah Subhanahu Wata’ala. Ia adalah satu dosa yang
amat besar yang tidak diampuni, sebagaimana firman Allah swt dalam Surah An
Nisaa’ ayat 116:
إِنَّ اللَّهَ
لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ
وَمَن
يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا ﴿١١٦﴾
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa
orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua dan akan mengampunkan yang
lain daripada kesalahan syirik itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut
peraturan hukum-hukumnya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu
apa jua, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
sejauh-jauhnya.”
Sidang Jumaat
sekalian,
Bagi
mengelakkan kekeliruan tersebut, Jabatan Agama Islam Perak telahpun
mengeluarkan garis panduan yang lengkap menjelaskan ciri-ciri rawatan, perawat
dan kaedah rawatan yang dibenarkan syara’. Antara yang boleh dijadikan panduan ringkas
adalah ;
1.
Perawat
a.
Perawat mestilah beragama Islam dan sempurna akal.
b.
Perawat hendaklah mempunyai akhlak yang mulia
sesuai dengan ajaran Islam seperti amanah, bersih dan warak.
c.
Perawat hendaklah menyebut segala pergantungan hanya
kepada Allah bukan selainNya.
d.
Perawat menjaga batasan sentuhan dan pergaulan
sesuai dengan kehendak syariat.
e.
Perawat tidak boleh melakukan sesuatu yang
bercanggah dengan syara’ walau apa sahaja alasan.
2.
Bahan rawatan.
a.
Bahan
rawatan hendaklah halal dan suci dari unsur najis dan unsur syirik kepada
Allah.
b.
Semua
bahan boleh digunakan sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
c.
Apa
jua bahan yang dijadikan perantara bagi tujuan pemujaan dan sihir tidak
dibenarkan.
d.
Percampuran
di antara bahan yang halal dengan bahan haram adalah tidak dibenarkan seperti
ayat al Quran yang ditulis secara mengelirukan dan dijadikan tangkal azimat.
e.
Bahan yang didakwa diambil dari alam ghaib tidak
dibenarkan.
f.
Penggunaan
binatang hidup mahupun yang telah mati bagi tujuan pemujaan dan sihir tidak
dibenarkan.
3.
Tempat rawatan
a.
Tempat rawatan hendaklah bebas daripada unsur-unsur
syirik, maksiat dan menimbulkan fitnah .
b.
Hendaklah
memisahkan ketika merawat lelaki dan wanita yang bukan mahram
4.
Kaedah
rawatan
a.
Kaedah rawatan yang sabit dan selaras dengan al-Quran dan
Hadis-hadis yang sahih adalah boleh diguna pakai.
b.
Ruqyah hendaklah menggunakan ayat-ayat al Quran,
Hadis Nabi, doa atau Zikir.
c.
Ruqyah dengan jampi juga dibenarkan setakat yang
tidak berlawanan dengan syara’.
d.
Diharuskan
membacakan ruqyah pada air untuk diminum, sapu, renjis dan mandi.
e.
Tidak
dibenarkan menggunakan atau meminta pertolongan daripada syaitan dan jin dengan
melakukan perbuatan menurun dan menyemah.
f.
Tidak
dibenarkan melakukan bedah batin.
g.
Tidak
dibenarkan melakukan sebarang kaedah yang meragukan dan menghina kesucian Islam
serta menghina agama-agama lain.
h.
Tidak
dibenarkan menggunakan al-Quran secara tidak wajar dan menyalahgunakan ayat
al-Quran dalam perawatan.
i.
Tidak
dibenarkan menggunakan kaedah tilik dan ramalan.
Sidang Jumaat yang
dirahmati Allah,
Perbomohan adalah cara yang mudah untuk
menyesatkan manusia dan mudah mempengaruhi golongan yang sangat fanatik
sehingga tidak perlu lagi kepada perubatan moden, walhal perbuatan mengenepikan
semua ubat-ubatan fizikal adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Apa
yang mendukacitakan, masih terdapat di kalangan kita khususnya masyarakat
Islam, apabila menghadapi sesuatu masalah atau sesuatu penyakit ganjil akan pergi berjumpa bomoh yang kononnya boleh merawat
penyakit berkenaan dengan cara jampi-jampian. Amalan perbomohan dianggap dapat
membantu menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan seperti merawat penyakit,
mendapatkan barang hilang, inginkan pangkat dan kedudukan, digeruni dan nampak
hebat, nampak cantik, ilmu menunduk isteri atau suami, ilmu pendinding, ilmu
kebal, ilmu pembenci, ilmu pengasih untuk mencari jodoh, mendapatkan nombor
bertuah dan bermacam-macam lagi. Kesemua ini merupakan perbuatan yang dilarang
yang boleh menyebabkan syirik yang tidak diampuni oleh Allah swt. Sabda
Rasulullah saw :
مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ سَاحِرًا
فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله
عليه وسلم
Barangsiapa
mendatangi tukang tilik atau ahli sihir dan mempercayai kata-katanya maka
sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW. (Riwayat al Bazzar)
Perbuatan-perbuatan
syirik itu termasuklah mempercayai adanya kuasa tertentu di dalam tangkal,
wafak, azimat, keris, parang, batu, cincin, kayu dan sebagainya yang digunakan
atau dipakai untuk menolak bala bencana atau untuk menyembuhkan sebarang
penyakit. Sabda Rasulullah SAW dalam menolak
penggunaan tangkal ini dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh ‛Uqbah bin
‘Amr:
مَنْ
تَعَلَّقَ تَمِيْمَةً فَلاَ أَتِمَّ اللهُ لَهُ وَمَنْ تَعَلَّقَ وَدْعَةً فَلاَ
وَدَّعَ اللهُ لَهُ
Sesiapa yang menggantung tangkal. Allah
tidak akan menyempurnakannya dan sesiapa yang menggantung wad‛ah, tidak ada
perlindungan baginya.(riwayat Imam Ahmad).
بَارَكَ اللهُ لِي
وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ
الآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا
وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ
وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ
وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
هَلْ
أُنَبِّئُكُمْ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ ﴿٢٢١﴾ تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ
أَفَّاكٍ أَثِيمٍ ﴿٢٢٢﴾ يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ
كَاذِبُونَ ﴿٢٢٣﴾
“Mahukah Aku khabarkan kepada kamu kepada siapakah
syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta
yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh apa yang disampaikan oleh
syaitan-syaitan itu, sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.”- Surah
Asy-Syuaara’ ayat 221-223.
أَشْهَدُ
أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا
عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ
فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,
Terdapat
juga dakwaan bahawa tubuh bomoh itu boleh dimasuki oleh malaikat, roh orang
yang mati dan orang bunian ketika menjalankan perubatan. Apa yang berlaku
sebenarnya, jin dan syaitanlah yang masuk ke dalam tubuhnya. Jin dan syaitan
inilah yang menyampaikan maklumat kepada bomoh tersebut untuk menyatakan
perkara-perkara ghaib, sama ada perkara yang akan berlaku atau perkara yang
telah berlaku. Semua ini adalah dusta semata-mata yang bertujuan untuk mengadu
domba dan memecahbelahkan masyarakat .
Perkara yang paling utama di dalam kehidupan
beragama adalah menjaga aqidah. Oleh itu umat Islam wajib sentiasa menghindari
diri dari terpedaya dan terjerumus ke dalam penyelewengan aqidah melalui
perkhidmatan perbomohan. Di antara usaha yang berkesan yang dianjurkan di dalam
Islam ketika sakit ialah mendapatkan rawatan daripada doktor atau perawat yang bertepatan
dengan ajaran Islam, di samping memperbanyakkan doa dan zikir serta
beristighfar kepada Allah swt.
Oleh
itu, sama-samalah kita berdoa semoga kita sentiasa terpelihara dari apa jua
anasir-anasir yang boleh menyelewengkan aqidah kita dan semoga kita sentiasa
mendapat rahmat dan hidayat daripada Allah swt. Amin ya Rabbal’alamin.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،
وَاجْعَلْ فِى
قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ
الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ
الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ
الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ
وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ
وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى
الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ
الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى
عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ،
وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ،
وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ
يَعْلَمُ
*AMARAN!!!
Pihak Jabatan Agama Islam Perak tidak bertanggungjawab ke
atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan