20 Mac 2014

UTC Perak : bentuk manusia robot

18 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Telefon bimbit saya menghadapi sedikit masalah ditambah sehari dua baru-baru ini banyak panggilan dan pesanan ringkas yang memaksa saya melihat apa yang begitu banyak masuk kali ini.

Di Ipoh ada berita gembira setelah satu arahan agar operasi Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar di Bandaraya Ipoh melanjutkan operasi hariannya.

Dimana dahulu tamat operasi biasa hanya sehingga jam 10.00 malam sahaja setelah ianya dibuka seawal jam 8.30 pagi dan mempunyai waktu rehat dari jam 1.00 tengahari sehingga 2.00 petang.


Manakala pada hari Jumaat buat umat Islam, UTC Ipoh akan ditutup sementara bagi memberikan laluan kepada pekerja lelaki yang beragama Islam terutamanya untuk menunaikan Solat Jumaat.

Ianya akan ditutup sementara dari jam 12.30 tengahari sehingga jam 2.45 petang dan pada hari Sabtu dan Ahad operasinya tetap berjalan bagi memudahkan semua urusan di Pejabat Kerajaan di sana.

Saya banyak dihubungi oleh pelbagai pihak dan menerima banyak pesanan ringkas tentang perkara ini dan respon awal saya, adakah manusia ini hendak dibentuk seperti robot?

Dengan memahami hasrat dan tujuan kewujudan UTC ini berfungsi sebagai pemudah urusan rakyat dengan kerajaan, tetapi perlu melihat keperluan yang sama terhadap kakitangan yang bertugas juga di sana.

Mereka sudah tentu mempunyai keluarga dan keadaan ini sedikit menyukarkan mereka untuk bersama keluarga dan hidup bermasyarakat di tempat kediaman mereka jika masa mereka banyak dihabiskan di UTC.

Kepada yang beragama Islam pula, waktu ibadat dan juga menuntut ilmu adalah menjadi tuntutan utama sebagai seorang Muslim dan waktu tersebut telah beralih arah kepada kerja-kerja di UTC kelak.

Saya mohon respon daripada kerajaan dan menerangkan keadaan sebenar yang menjadi sedikit kebimbangan kepada kakitangan di UTC jika keadaan ini menyulitkan waktu mereka jika bertugas.

Langkah proaktif dan mekanisma 'menang-menang' perlu memastikan semangat dan perkhidmatan yang akan diberikan di UTC mencapai objektif penubuhannya dan memberikan manafaat kembali kepada rakyat.

Harapan saya, pihak kerajaan perlu mengambil kira pengorbanan yang telah ditunjuan oleh kakitangan di UTC sekarang ini dan perkhidmatan yang telah diberikan selama ini.

Saya yakin dan percaya perkembangan di UTC perlu seiring dengan pengisian rohani agar kakitangan di sana makmpu menjalankan tugas dan amanah dengan lebih berkesan dan cemerlang dunia dan akhirat!

*Beliau adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar 

Tiada ulasan: