03 April 2014

Peniaga mengaku milik rokok seludup

2 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
Batu Pahat: Seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki rokok seludup, 30 Mac lalu.

Hukuman dijatuhkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim terhadap tertuduh, Norhisham Myooun, 45, yang memakai kemeja-T berwarna biru ketika hadir di mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, Norhisham didakwa melakukan kesalahan memiliki rokok putih dan rokok keretek seludup bernilai RM9,470.40 yang disimpan di rumahnya di Taman Bistari, Tongkang Pechah pada jam 1 petang, 30 Mac lalu. 

Semua bekalan rokok itu dipercayai untuk dijual secara kecil-kecilan di sekitar daerah ini.
Atas kesalahan itu, Norhisham didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki menyimpan barang-barang belum lulus Kastam.
myMetro

Tiada ulasan: