10 Mei 2014

Ahli UMNO menyamar Sebagai Ahli PAS Mahu Bertanding Di Bukit Gelugor

9 Rejab 1435. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com/


Dengan niat kononnya mahu memastikan hudud dilaksana di Pulau Pinang menjelang 2020, seorang anggota PAS Gombak telah menyatakan hasrat bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, yang ditemui pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat SPR di sini, juga berkata akan mendapatkan kebenaran berbuat demikian daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor malaysiakini.

"Saya akan merayu dengan Presiden (Abdul Hadi) untuk bertanding dan saya ingat Presiden tidak ada halangan.

"Sekiranya tidak beri (kebenaran) akan bertanding atas tiket Bebas," katanya.

Sebelum ini dua individu lain turut menyatakan hasrat bertanding dalam PRK tersebut iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan pengurus beberapa inap desa Mohd Yacoob Mohd Noor.

Sebuah badan bukan kerajaan Penang Front Party turut menyatakan hasrat meletakkan calon.

Namun semakan lanjut mendapati bahawa Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar bukan seorang ahli PAS, tetapi adalah seorang AHLI UMNO yang berdaftar dengan nombor keahlian UMNO 027003600. Lihat di bawah:


Begitu jahat perangai UMNO ini, menghantar ahlinya untuk menyamar sebagai ahli PAS untuk dijadikan calon PRK di Bukit Gelugor. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan, pekung UMNO terdedah.

Pendedahan ini merupakan petanda awal UMNO BN bakal kecundang di dalam PRK Bukit Gelugor! 

Tiada ulasan: