03 Julai 2014

China haramkan puasa di Xinjiang

5 Ramadhan 1435. [MOD] -


MUHAMMAD ZAKI HASSAN | .

KUALA LUMPUR: Umat Islam di rantau Xinjiang, China yang bekerja sebagai penjawat awam, pelajar dan guru-­guru dilarang daripada berpuasa pada bulan Ramadhan.

Xinjiang merupakan kawasan kebanyakan ummat Islam, penempatan asal kepada minoriti Uighur.

Larangan itu bukan baharu, malah telah dikuatkuasakan sejak bertahun dahulu lagi yang telah menyaksikan kecaman dan bantahan yang membawa maut antara Uighur dan pasukan keselamatan negeri.

Sebuah biro cuaca di Qaraqash daerah di barat Xinjiang berkata di laman webnya bahawa mengikut arahan daripada pihak berkuasa, menyeru semua kakitangan dan yang telah bersara supaya tidak berpuasa pada bulan Ramadan.


Sementara itu, biro hal ehwal komersial bandar Turfan berkata penjawat awam dan pelajar tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-­aktiviti keagamaan yang lain dan berpuasa.

Terdahulu, pihak berkuasa China mendakwa sekatan puasa adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan pekerja kerajaan tidak terjejas, lapor AFP.

Jurucakap Kongres Uighur Dunia Dilxat Raxit bagaimanapun dipetik berkata, tindakan ke atas umat Islam Uighur ini akan mewujudkan lagi konflik.

"Kami menyeru kepada China bagi memastikan kebebasan beragama bagi penduduk Uighur dan menghentikan penindasan politik pada Ramadhan," katanya. - HARAKAHDAILY 3/7/2014
Penulis ialah pelajar KUIZM yang menjalani altihan amali di Harakahdaily.

Tiada ulasan: