18 Mei 2017

Exco PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor selagimana diperkenan oleh Sultan Selangor.

KEPUTUSAN MESYUARAT PAS PUSAT


Mesyuarat PAS Pusat hari ini, 18 Mei 2017 bersamaan 21 Syaaban 1438H telah dipengerusikan oleh Pemangku Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Di dalam Sidang Media selepas Mesyuarat di Pejabat Agung PAS tersebut, beliau mengumumkan 3 perkara:

1) Exco PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor selagimana diperkenan oleh Sultan Selangor. Ini adalah selaras dengan Fasal 53 (7) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor

2) PAS akan bertemu SPR atas isu pemberhentian edaran daftar pemilih kepada parti politik dan berlakunya perpindahan pengundi secara besar-besaran.

3) Gagasan Sejahtera akan mengadakan majlis rasmi bagi mengumumkan kemasukan parti baru dalam gabungan ini.

#GagasanSejahtera
#MaraMenujuCita
#SejahteraBersamaIslam
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Tiada ulasan: