24 Jun 2021

Perancis juara kumpulan, Jerman dan Portugal turut mara pusingan kalah mati

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo menyamai rekod jaringan terbanyak antarabangsa. (Gambar AP)

BUDAPEST: Dua penalti daripada Cristiano Ronaldo membantu juara bertahan Portugal mara ke pusingan kalah mati Euro 2020 selepas seri 2-2 menentang Perancis dalam perlawanan penutup penuh dramatik Kumpulan F.

Dalam aksi penuh debaran itu, Ronaldo terlebih dahulu membuka jaringan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30.

Skuad bimbingan Fernando Santos mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti kedua bintang Juventus, Ronaldo, sekali gus muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 109 gol, menyamai rekod dipegang bekas penyerang Iran, Ali Daei.

Skuad bimbingan Didier Deschamps, Perancis selaku juara kumpulan maut bakal berdepan Switzerland dalam peringkat 16 terakhir di Arena Nationala, Bucharest, Romania Isnin depan.

Portugal pula, tetap layak ke peringkat kalah mati biarpun berada di tangga ketiga Kumpulan F selepas menghuni tangga teratas dalam kedudukan pasukan di tempat ketiga dan bakal bertemu Belgium di Stadium La Cartuja, Sepanyol, Ahad ini.

Sementara itu, Jerman akan berdepan England di pusingan 16 terbaik apabila bangkit dua kali untuk menyingkirkan Hungary daripada Euro 2020.

Tandukan hebat Adam Szalai yang beraksi di Mainz membolehkan mereka mengejutkan Jerman untuk gol pembukaan.

Adam Schafer menjangkakan Hungary bakal meraih mata penuh apabila meletakkan pasukan berkenaan di hadapan hanya 90 saat selepas Kai Havertz meledak gol penyamaan.

Namun, pemain gantian, Leon Goretzka menjadikan kedudukan 2-2 di hujung permainan.

Ini menyaksikan Jerman menamatkan saingan Kumpulan F di tangga kedua dan menempah slot ke pusingan kalah mati bertemu anak buah Gareth Southgate di Wembley, minggu depan.

Tiada ulasan: