20 Julai 2021

Arab Saudi sahkan musim haji bebas COVID-19 setakat ini

 Jemaah haji berkumpul di sekitar Gunung Arafah di tenggara kota suci Makkah ketika kemuncak ibadah haji di tengah pandemik COVID-19. - Foto AFP

Jemaah haji berkumpul di sekitar Gunung Arafah di tenggara kota suci Makkah ketika kemuncak ibadah haji di tengah pandemik COVID-19. - Foto AFP

RIYADH: Arab Saudi mengumumkan semalam, musim haji pada tahun ini bebas daripada penularan COVID-19 dan penyakit berjangkit lain setakat ini, lapor Al Ekhbariay TV.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Mohammed Al-Abdulaali, menjelaskan pada sidang media, keadaan kesihatan jemaah stabil dan tiada kes berkaitan COVID-19 membabitkan mereka di negara ini.

Katanya, sektor kesihatan bersedia untuk melaksanakan rancangan kawalan dan mengurus pergerakan orang ramai.

Sementara itu, Jurucakap Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Talal Al-Shalhoub, berkata pasukan keselamatan berusaha memastikan jemaah mengikuti arahan penjarakan fizikal di semua lokasi.

Katanya, pihak polis juga mengawal tempat-tempat ibadah untuk mencegah kemasukan individu yang tidak berdaftar.

Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Saeed memberitahu pada sidang media mengenai kejayaan membawa ribuan jemaah haji dari Mina ke Arafah.

Berikutan penularan wabak COVID-19, Arab Saudi mengehadkan jumlah kehadiran jemaah pada musim haji tahun ini iaitu seramai 60,000 jemaah. - AGENSI.

Tiada ulasan: