16 Julai 2021

Kelantan kecuali bayaran sewa premis peniaga kecil

 Foto ihsan Facebook Datuk Ahmad Yakob

Foto ihsan Facebook Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju memberi pengecualian bayaran sewa selama dua bulan kepada 9,571 premis membabitkan peruntukan RM3.29 juta, bagi membantu peniaga kecil yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pengecualian itu diberikan kepada premis sewa milik kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, ia membabitkan bayaran Julai dan Ogos depan untuk premis berkenaan yang disewa peniaga kecil di 12 PBT.

"Pengecualian bayaran sewa itu adalah inisiatif bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Kelantan 2021," katanya melalui laman Facebook rasmi beliau.

Beliau berkata, insentif itu diharap dapat membantu meringankan beban ekonomi peniaga kecil terbabit.

Tiada ulasan: