21 Julai 2021

Lebih 15 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

Dr Adham Baba berkata, lebih 10.3 juta individu sudah menerima dos pertama, manakala 4.76 juta lengkap vaksinasi dengan menerima dos kedua.

PETALING JAYA: Setakat semalam, sebanyak 15,071,814 dos vaksin diberikan di seluruh negara, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter beliau berkata, daripada jumlah itu 10,301,905 individu menerima dos pertama, manakala 4,769,909 lengkap vaksinasi dengan menerima dos kedua.

Labuan kekal mencatatkan peratusan tertinggi penduduk dewasa lengkap vaksinasi dengan 64.7%, diikuti Sarawak (47.3%), Perlis (36.5%), Lembah Klang (21.6%) dan Negeri Sembilan (20.9%).

FMT/-

Tiada ulasan: