TOKYO: Upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 bermula, sebentar tadi dalam stadium yang hampir kosong selepas ditangguhkan setahun dan berdepan pelbagai skandal serta kontroversi.
Video memaparkan atlet menjalani latihan di rumah ketika pandemik membuka upacara terbabit dengan bunga api berwarna merah jambu dinyalakan ke udara selepas kiraan detik.
Upacara pembukaan di dalam stadium berkapasiti 68,000 tempat duduk itu dihadiri ratusan perwakilan termasuklah Maharaja Jepun, Naruhito, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jill Biden.
Maharaja turut mengumumkan temasya terbabit dibuka secara rasmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan