12 November 2021

PN lancar manifesto PRN Melaka Ahad ini

 

Manifesto Perikatan Nasional bagi PRN Melaka akan dilancarkan oleh pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin Ahad ini.

MELAKA: Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan manifesto pakatan itu bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka Ahad ini, kata Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Kempen PN bagi PRN Melaka, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham atau Che’gu Bard berkata, manifesto yang antara lain berjanji untuk mewujudkan kerajaan stabil dan antirasuah di Melaka itu akan dilancarkan secara hibrid oleh Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

“Untuk memastikan SOP dipatuhi, ia diumumkan secara hibrid,” katanya ketika ditemui Bernama.

Bagaimanapun Badrul Hisham berkata, waktu pelancaran manifesto itu belum dimuktamadkan.

Rabu lepas Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto BN “Melaka Lima Tahun” yang menggariskan satu matlamat selain lima teras dan 103 inisiatif.

Pakatan Harapan (PH) pula melancarkan manifesto “Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan” yang mempunyai tiga teras utama, iaitu Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil yang menggariskan 32 inisiatif.

SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal 16 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

FMT.

Tiada ulasan: