08 Januari 2022

Lewandowski, Messi, Salah calon Pemain Terbaik FIFA

 Bintang Bayern Munich dan Poland, Robert Lewandowski, Lionel Messi (PSG/Argentina) dan Mohamed Salah (Liverpool/Mesir) dipilih sebagai tiga finalis untuk Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2021. - Foto AFP.

Bintang Bayern Munich dan Poland, Robert Lewandowski, Lionel Messi (PSG/Argentina) dan Mohamed Salah (Liverpool/Mesir) dipilih sebagai tiga finalis untuk Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2021. - Foto AFP.

PARIS: Robert Lewandowski, Lionel Messi dan Mohamed Salah disenaraikan sebagai tiga finalis untuk anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2021, manakala pemenang Ballon d'Or Alexia Putellas dicalon untuk kategori wanita.

Lewandowski yang juga bintang Poland, memenangi anugerah berkenaan tahun lalu tetapi terpaksa akur di tempat kedua di belakang Messi untuk Ballon d'Or 2021 - kemenangan ketujuh bintang Argentina itu.

Majlis anugerah itu akan diadakan secara maya dari ibu pejabat FIFA di Zurich pada 17 Januari ini.

Putellas, rakan sepasukan Barcelona Jennifer Hermoso dan penyerang Chelsea Sam Kerr akan bersaing merebut gelaran pemain terbaik wanita.

Ketiga-tiga pemain itu turut mengisi tiga tangga teratas untuk anugerah Ballon d'Or. Pemenang anugerah FIFA sebelum ini adalah Lucy Bronze dari England.

Pemenang-pemenang anugerah FIFA diundi oleh kapten dan jurulatih semua pasukan kebangsaan dari seluruh dunia, serta undian secara dalam talian oleh peminat dan wartawan terpilih.

Undian ditutup pada 10 Disember lalu.

Manuel Neuer, Gianluigi Donnarumma dan Edouard Mendy bersaing untuk anugerah penjaga gol terbaik, manakala Roberto Mancini, Thomas Tuchel dan Pep Guardiola calon untuk pengendali terbaik.

Lluis Cortes, yang membawa skuad wanita Barcelona memenangi treble musim lalu, berdepan pengendali Chelsea Emma Hayes dan Sarina Wiegman, bekas pengendali Belanda yang kini bersama England, untuk anugerah pengendali wanita terbaik.

- AFP

Tiada ulasan: