Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat secara maya bersama Pengerusi dan Presiden Risen Energy Co Ltd, Xie Jian hari ini. Turut serta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman. - Foto ihsan Facebook Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar modul solar kelima terbesar dunia, Risen Energy Co Ltd yang berpangkalan di China melabur RM42.2 bilion di negara ini bagi tempoh lima tahun, bermula tahun ini.
