Saya mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua ADUN Pakatan Rakyat Perak pada hari ini 2 September 2009. Saya amat terkilan kerana tidak dapat bersama ADUN PR yang lain dalam sidang yang saya anggap sah disisi undang-undang dinegeri Perak. Pada masa posting ini diterbitkan saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Karachi menunggu kapalterbang berangkat pada jam 3.40 pagi waktu Pakistan dan saya baru akan mendarat di KLIA pada jam 11.00 pagi nanti. Kebetulan di sini adalah perkhidmatan internet percuma saya mengambil peluang untuk membuat posting ini. Sebab itu saya terlepas sidang hari ini, namun saya telah menulis surat rasmi memaklumkan ketidak hadiran saya.Alasan saya sidang pada esok hari sah adalah :
1. Sidang ini adalah sidang yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak yang masih sah, V. Sivakumar. Walau apapun alasan yang dikemukakan oleh BN untuk memperlekehkan panggilan sidang ini dan menganggap Sivakumar bukan ada hak memanggil sidang, begitu juga saya ingin menegaskan BN tidak ada hak untuk mempertikaikan kedudukan Sivakumar melainkan mahkamah yang boleh menentukan, walaupun itu bukan tempat yang sewajarnya. namun menjadi tempat rujukan yang sepatutnya setelah BN menggunakan untuk mengesahkan kedudukan MB Zambry, begitulah kami rasakan mahkamahlah yang boleh mengesahkan siapakah Speaker yang sah, Sivakumar atau Ganesan. 2.Sidang bawah pokok pada 3 Mac adalah sah dan ianya berlarutan dengan berbagai pelanggaran undang-undang sebelum dan sesudah itu. Kecelaruan sistem demokrasi dan perjalanan sidang DUN di Perak adalah hasil dari kudeta oleh BN kepada kuasa rakyat yang diamanahkan kepada pakatan Rakyat. Jadi apapun yang berlaku di Perak adalah sesuatu perkara yang sangat bercelaru dan semakin rumit. Berlaku pertindihan perlangaran undang-undang oleh BN secara berulang kali. Apa saja yang dilakukan oleh BN alah semacam melalui sebatang sungai secara melawan arus. Oleh itu tidak ada langkah yang paling wajar melainkan di bubarkan DUN Perak. 3. BN untuk sekian kalinya akan mengunakan khidmat PDRM untuk menghalang usaha murni kami, itulah yang saya dapat jangkakan pada pagi ini, namun saya yakin teman seperjuangan ADUN PR akan bersama dengan seluruh rakyat Perak akan tetap cekal dan tabah dalam menghadapi segala cabaran, demi memulihkan demokrasi di Perak. Semuga sidang pada hari ini membawa makna yang besar dalam perjuangan rakyat perak sejak kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada PR dicuri oleh BN.....SELAMAT BERJUANG....

.jpg)