
07 Oktober 2011
Laungan mahukan hudud bergema di stadium

Gempa bumi berukuran 6.2 landa Argentina, tiada kematian dilaporkan

Graduan ISMP terperangkap dengan pengangguran

Kelantan buktikan pentadbiran ulama lebih baik

Bina Kompleks Haji di Kedah
PKR: Serangan gas pemedih mata keterlaluan

Siasat syarikat monopoli benih padi

Gaddafi seru rakyat Libya tentang kerajaan baru

Samun di KLIA: Pegawai SPRM didakwa hari ini
Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik

Raja Muzwin mangkat, PR Perak rakam takziah

12 pekerja kilang maut ditimpa besi lebur
Kampong Bharu : Nasi sudah menjadi bubur....
9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -Ekoran daripada kekalahan Pakatan Rakyat menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian, blogger Greenboc telah menyenaraikan ahli parlimen PR yang hadir dan yang tidak hadir.
Seingat saya sudah banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng. Siapapun boleh memberi alasan yang berjela-jela tetapi nasi sudah menjadi bubur.
Apapun sebagai seorang yang beriman, saya yakin apa yang terjadi mesti mempunyai hikmatnya tersendiri. Allahuaklam.
Terasa sedih dan pilu dengan usaha yang ditinggalkan oleh bekas ahli Parlimen Ttitwangsa, Arwah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali bila sampai dikemuncaknya gagal dengan mudah dan mengecewakan banyak pihak. Jelas kekalahan ini bukan satu kesilapan teknikal .
Dipenghujung hayatnya beliau masih keluar dengan keadaan uzur dan bertongkat untuk menemui rakyat di Kg Baru dalam parlimennya bagi mempertahan legasi Melayu yang berada dfi tengah ibu kota itu.
Contoh yang nyata dan sama sebelum ini PR gagal dalam kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.
Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak Pakatan Rakyat menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir ialah seramai 28 orang iaitu:
PAS :
Mahfuz Omar
Salahuddin Ayub
Mohd Firdaus bin Jaafar
Mohd Hayati Othman
Che Uda Che Nik
Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Mohd Hatta Ramli
Khalid samad
Siti Zailah bt Mohd Yusuf
Wan Abd Rahim Wan Abdullah
Muhammad Husin
Che Rosli Che Mat
Mohd Nasir Zakaria
PKR :
Tian Chua
Zuraida Kamaruddin
Yusmadi Yusof
Azmin Ali
Loh Gwo Burne
Ahmad Kassim
Azan Ismail
DAP :
M Kulasegaran
Lim Lip Eng
Charles Santiago
Sim Tong Him
M Manogaran
Er Teck Hua
Fong Po Kuan
Fong Kui lun
SEMENTARA YANG TIDAK HADIR IALAH:
Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)
Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)
Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)
Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)
Pahang
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)
Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)
Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)
Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)
Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)
Jangan ada 'musang berbulu ayam' dalam PAS
9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -| MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my |
| PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai hala tuju yang sangat jelas, iaitu ia bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13, sekali gus menawan Putrajaya. Sebagai sebuah parti yang banyak pengalaman dan tersohor sebagai sebuah organisasi yang berdisiplin, PAS sepanjang 60 tahun penubuhannya, juga tidak sunyi daripada elemen-elemen negatif yang boleh menjejaskan matlamat perjuangannya. Tidak harus dinafikan, setiap parti ada kelemahannya yang tersendiri. Sama ada ia dari kalangan BN atau Pakatan Rakyat. Dalam konteks PAS, ia harus melihat jauh ke hadapan, supaya pasca 60 tahun ke hadapannya, tidak wujud sebarang elemen yang boleh menjejaskan hasratnya menguasai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat. Elemen-elemen negatif sebegini, harus diperhati dan diperhalusi. Bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa, bukan juga untuk bersangka buruk dengan sesiapa, tetapi kita harus bertegas dalam mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan individu yang bergelar pemimpin. Untuk itu PAS harus lebih berhati-hati. Jangan sampai akibat kelemahan kepimpinannya, keyakinan rakyat akan terjejas. Sebarang elemen yang tidak baik, harus ditangani sebaiknya. Keyakinan rakyat terhadap PAS, selain daripada kekuatan kepimpinannya, kadang-kadang dibentuk oleh persepsi. Persepsi yang bagaimana rakyat melihat PAS. Jika ada unsur atau elemen yang negatif, maka ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan dan kepada PAS sendiri. Justeru, pada Sambutan ulangtahun ke-60 PAS yang diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang berlangsung dengan jayanya 1 Oktober lepas, PAS harus kelihatan bersih dan sentiasa bersih, sebagai parti yang bakal menggalas amanah besar rakyat pada PRU ke-13 nanti. Bagi mengingatkan rakyat tentang peranan PAS di persada politik negara selama 60 tahun, aturcara padat diatur penganjur, bermula sejak 30 September sehingga majlis penutupnya pada malam 1 Oktober 2011. Dengan Kongres 60 tahun diadakan pada siang hari, pelbagai pameran, pelancaran dan diskusi serta pengkisahan sejarah diatur oleh penganjur. Pada malam terakhir, seluruh kawasan persekitaran Dewan Milenium penuh sesak dengan pelbagai kenderaan. Khabarnya lebih 20 ribu penyokong PAS membanjiri dewan yang hanya boleh memenuhi sekitar 3 ribu orang sahaja. Apa pun pada pengamatan saya, walaupun sambutan hebat ditunjukkan rakyat, namun jumlah sekitar 20 atau 30 ribu tidak menunjukkan kekuatan sebenar PAS. Kekuatan PAS bukan hanya ditahap itu sahaja. Itu pun yang hadir sewaktu ceramah, sedangkan pada waktu lain hanya sekitar 3 ribu orang sahaja yang memenuhi Dewan Milenium. PAS adalah sebuah parti yang amat besar. Keahliannya mencapai sejuta umat. Kita mungkin tidak memerlukan sejuta umat membanjiri Kepala Batas, cukup sekadar 5 peratus atau 50 ribu ahli dan penyokong hadir sudah memadai. Justeru mengapa kehadiran ahli dan penyokong tidak seramai yang diharapkan? Ada banyak jawapan diberikan. Antaranya tidak penganjur tidak cukup masa untuk mempromosikan majlis, ada juga yang mengatakan iklan-iklan yang berbentuk poster atau kain pemidang tidak banyak diletakkan di seluruh negara, atau pun sekurang-kurangnya di seluruh Pulau Pinang. Saya berniat tidak untuk menyalahkan penganjur. Barangkali kain pemidang atau iklan dalam Harakah tidak banyak. Ianya bukan soal iklan dan promosi, ianya adalah soal kesedaran dan komitmen kita semua, dari kalangan pucuk kepimpinan sehingga ke penyokong di peringkat bawahan. Sewaktu kami duduk di meja khusus yang ditempatkan untuk wartawan, ada wartawan media arus perdana yang datang dari Kuala Lumour, bertanya mengapa di atas pentas utama, AJK PAS Pusat tidak penuh walaupun dewan penuh dengan ahli dan penyokong? Beliau menyebutkan beberapa nama kepada saya, yang saya fikir tidak wajar ditulis dalam ruangan ini. Namun, sekali imbas, ada logiknya soalan beliau, mengapa dalam event yang sebegini penting, tidak semua pemimpin tertinggi PAS yang hadir. Beliau mengajukan soalan lagi,"Saya selalu buat liputan ke mesyuarat PAS Pusat, saya lihat ******* dan ******** selalu tidak hadir, mengapa ya? "Adakah wujud masalah dalam PAS sehingga orang-orang ini tidak hadir mesyuarat dan event besar sebegini?" soalnya mengorek rahsia. "Ya betul, kita orang pun selalu tunggu mahu minta statement dia..selalu dia tak ada," sampuk seorang wartawan media berbahasa Cina. Mungkin kita boleh beri alasan simplistik. Pemimpin itu tidak hadir kerana sibuk dengan urusan. Habis, pemimpin lain yang lebih besar tidak banyak urusan. Jika Mursyidul Am dan Presiden PAS, orang yang paling sibuk dan padat jadual mereka boleh hadir, mengapa orang lain tidak boleh atur jadual mereka untuk menghadiri mesyuarat parti atau Kongres 60 tahun yang penting ini? Dalam perbualan tersebut, banyak 'soalan-soalan maut' yang ditanya, tetapi tidak dijawab secara verbatim. Semua persoalan yang diajukan menunjukkan bahawa PAS dan pemimpin-pemimpinnya diperhatikan. Kelibat mereka senantiasa menimbulkan pelbagai persepsi. Malah sewaktu berada di Kongres, ada kalangan hadirin mendapat SMS mengatakan pada waktu yang sama ada kalangan pemimpin PAS yang sembang santai dengan pemimpin Umno di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur. Kita boleh cipta pelbagai alasan, barangkali si fulan itu sibuk dengan program potfolio atau lujnah yang dipegangnya. Justeru ditanya balik, tidakkah boleh jenguk sekejap ke Kepala Batas? Sesibuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, hingga penuh masanya bersama rakyat siang dan malam, pun sempat hadir, tak kan anda pemimpin bawahan, lebih sibuk daripada mereka. Okay lah, kita bagi excuse, kononnya acara yang membabitkan majlis dengan pemimpin Umno sudah diatur lama, maka ianya tidak dapat dielakkan. Ditanya kembali, mengapa tiap-tiap bulan anda tidak hadir mesyuarat? Mengapa banyak event besar PAS, tidak juga anda hadiri? Juga harus ditanya, misalnya, mengapa anda sering bertemu, minum kopi, bersantai dengan pemimpin Umno, menteri dan sebagainya? Lebih kerap bertemu mereka daripada menemui atau bergaul dengan pemimpin ada ahli PAS? Dalam dunia tanpa sempadan ini bagaimana kita hendak nafi. Sekali dua boleh kita kata orang fitnah atau sebar SMS palsu. Tapi kalau dah masuk berpuluh kali, bagaimana? Ini yang bahayanya. Ini yang harus dielakkan oleh PAS, selepas 60 tahun ia wujud dalam negara. Ia harus mempunyai pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih. Persepsi negatif sebegini boleh menjejaskan PAS dalam jangka panjang jika tidak ditangani dengan baik. Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan sesiapa atau mencetuskan isu dengan mengandaikan sesuatu berdasarkan tohmahan. Anggaplah tulisan ini sebagai muhasabah supaya elemen picisan yang menjejaskan PAS yang timbul daripada orang seperti Dato' Mohd Asri Muda, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad dan Abdul Malek Hussin tidak berulang lagi. Mereka ini keluar daripada PAS dengan cara yang kotor, walaupun mereka tidak menjejaskan PAS, namun mereka adalah termasuk di kalangan pencatat sejarah buruk 60 tahun PAS. Jangan sesekali PAS benarkan sejarah ini berulang. |
Pakatan gagal sekat rang undang-undang Kg Baru
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.
Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.
Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan yang kelihatan 'terlalu yakin' akan dapat menggagalkan rang undang-undang itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.
Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika menggulung rang undang-undang itu berusaha keras mempertahankan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.Beliau menegaskan bahawa penubuhan perbadanan itu tidak sesekali berniat untuk mengambil tanah sesiapa di kawasan tersebut.
Katanya dengan nada penuh emosi berkata, penubuhan perbadanan itu sebaliknya hanya sebagai pemudah cara untuk membangun dan memajukan orang Melayu di kawasan itu.
Menurutnya kerajaan sudah meluluskan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang semuanya berkepentingan bumiputera iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH), Perbadanan Putrajaya dan Permodalan Hartanah Berhad untuk membangunkan Kampong Bharu dan mempastikan kepentingan Bumiputera terpelihara.
"Kita tidak memberi ruang syarikat swasta untuk ambil alih tanah orang Melayu di Kampong Bharu kecuali dengan persetujuan mereka.
"Kalau tak ada perbadanan, bagaimana hendak bantu mereka yang tidak mampu untuk membangunkan sendiri tanah masing-masing," tegasnya.
Rang undang-undang itu yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada Isnin antara lain bertujuan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dengan tanggungjawab melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.
Perbadanan itu juga berperanan untuk menggalak, merangsang, meningkat, memudah dan menyelaras pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.
Semasa sesi perbahasan sebelum itu, dakwaan 'jual Melayu' yang dilontarkan seorang anggota Parlimen kerajaan kepada wakil rakyat PAS mencetuskan pertikaman lidah dan menjadikan sesi perbahasan rang undang-undang itu yang 'panas'.Keadaan itu berpunca apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mencelah perbahasan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), mendakwa perbentangan rang undang-undang itu sebagai cubaan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menggadaikan orang Melayu.
Ekoran itu, Bung Moktar membalas dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa PAS yang sebenarnya menjual orang Melayu kerana parti itu mendewa-dewakan komunis sebagai pejuang.
"Yang menjual orang Melayu ialah PAS...dalam dewan ini Melayu pun kena jual...Batu (Tian Chua) jual. Hasrat murni kerajaan diputar belit.
"Kita (Barisan Nasional) tidak akan aniaya Melayu, Cina, India. Kita bangun bersama-sama untuk masa depan negara kita," katanya.
Dakwaan Bung Mokhtar itu menyebabkan beberapa ahli parlimen Pakatan bangun untuk membantah dan mendesak ahli parlimen Kinabatangan itu menarik balik kenyataannya menyebabkan keadaan menjadi hingar-bingar.Pertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang berterusan kira-kira lima minit sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee bertindak mengetuk penukul keadilan sebanyak tiga kali dan meminta semua ahli parlimen bertenang.
Bagaimanpun cubaan Ronald gagal mententeramkan keadaan apabila masih ada ahli parlimen yang terus bertikam lidah, termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat dan meminta Bung menarik balik kenyataannya kerana mendakwa Bung Mokhtar telah mengeluarkan banyak kenyataan yang menghina."Sepanjang perbahasan, Kinabatangan tuduh kita dijual sedangkan perbahasan berhubung Kampong Bharu. Yang hendak dijual ialah orang Kampong Bharu oleh Umno.
"Dia keluarkan banyak perkataan menghina, saya rasa ia satu cara perbahasan yang tak Parlimentarian," katanya.
Keadaan itu menyebabkan Ronald terpaksa mengambil ketetapan bahawa tidak ada sebarang pelanggaran Peraturan Mesyuarat berlaku, kerana berpendapat Bung Mokhtar tidak bermaksud menjual sesiapa, sebaliknya menyifatkan ahli parlimen Shah Alam itu membuat terjemahan secara literal.
- Bernama
Sehubungan itu, katanya yang dipetik Harakahdaily, PAS mempertikaikan kewujudan tiba-tiba empat GLC yang akan menguruskan pembangunan Kampung Baru malam tadi sedangkan rang undang-undangnya baru semalam diluluskan.
Empat GLC berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad dan satu lagi akan dinamakan dalam masa terdekat.
"Bagaimana sudah ada senarai GLC yang akan terlibat dalam perbadanan ini sedangkan Rang Undang-undang baru diluluskan sekejap tadi," katanya.
Mahfuz berkata, Pakatan Rakyat tidak menolak pembangunan namun mahu ianya diuruskan secara telus dan melibatkan wakil penduduk sendiri.
"Beberapa kali kita tegaskan, kita tidak menolak pembangunan di kawasan Melayu tapi kita tidak mahu pembangunan itu akhirnya meminggirkan orang Melayu sendiri.
"Esok media arus perdana akan mainkan Pakatan Rakyat tolak pembangunan dan tak mahu Melayu maju.Kita nafikan perkara itu dan kita minta kerajaan benar-benar ikhlas nak majukan kawasan Melayu, bukan komersil semata-mata," katanya.
Malaysiakini/-